Berkelulusan Dalam Sarjana Muda Pengurusan Hartanah Di Uitm Shah Alam. Saya Pernah bekerja sebagai seorang Penilai di salah sebuah syarikat swasta selama 5 tahun. Pada masa itu kerja-kerja saya banyak membuat semakan harga pasaran, menyiapkan Laporan Penilaian dan sebagainya.
Bermula pada tahun 2012 saya menukar kerjaya saya sebagai Perunding Hartanah Berdaftar di Bangi. Pada tahun 2019 saya telah mendapat lesen Ejen Hartanah Berdaftar ( Real Estate Agent ) daripada Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta ( LPPEH) dan sekarang merupakan salah seorang Prinsipal di Legacy Real Property Sdn Bhd. Buat masa sekarang, kami mempunyai hampir 150 orang Perunding Hartanah Berdaftar.
Selain itu, saya juga merupakan PELELONG BERLESEN bagi Negeri Selangor. Saya mendapat banyak lantikan lelongan dari Mahkamah Tinggi Shah Alam dan Pejabat Tanah di sekitar kawasan Selangor. Sekiranya anda mempunyai masalah dengan bayaran rumah atau mempunyai tunggakan semasa, saya boleh membantu memberi khidmat nasihat dan cuba membantu anda bagi mengelakkan rumah anda di lelong.
Alhamdulillah, setakat hari ini saya telah banyak membantu pemilik rumah untuk menjual rumah mereka. InsyAllah kali ini saya boleh membantu anda dengan harga yang mengikut nilai pasaran.