Uruskan jual rumah sendiri atau menggunakan ejen hartanah berdaftar adalah lebih baik?

Pada masa kini, kita dapat melihat terlalu banyak rumah yang dijual dan diiklankan di banyak tempat tidak kisahlah apa sahaja jenis saluran pengiklanan tersebut.

Anda boleh menemui iklan jual rumah ini sama ada surat khabar, majalah, facebook, twitter dan pelbagai lagi aplikasi yang boleh dijadikan sebagai saluran jual beli.

Apa tidaknya, rumah adalah antara keperluan asas utama bagi kehidupan masa kini.

Kalau tiada rumah bagaimana kita ingin meneruskan hidup tanpa tempat perlindungan yang selamat dan selesa.

Untuk pengetahuan anda, rumah adalah antara aset yang sangat penting,

jika anda perlu untuk membuat pilihan antara kereta dan rumah manakah yang akan menjadi pilihan anda?

Sebenarnya perkara ini adalah bergantung kepada diri individu itu sendiri,

Tapi adalah dinasihatkan untuk anda mempertimbangkan untuk membeli rumah terlebih dahulu.

Tahukah anda, setiap hari ada sahaja orang yang ingin mencari rumah atau menjual rumah mereka.

Kini ramai individu yang berhasrat untuk jual rumah sendiri tidak kisahlah apa sahaja tujuan untuk menjual rumah tersebut.

Sama ada kerana ingin membeli rumah yang baru ataupun kerana berpindah ke kawasan yang baru.

Sebenarnya banyak lagi faktor yang boleh menjadi sebab seseorang individu tersebut menjual rumah milik mereka.

Tapi ramai yang masih tidak tahu cara yang betul untuk menjual rumah mereka sendiri

Adakah anda merancang untuk menjual rumah anda sendiri?

Tapi tidak tahu bagaimana cara yang betul untuk menjual rumah?

Anda tidak perlu risau, pada artikel kali ini kami akan kongsikan kepada anda panduan lengkap bagi menjual rumah anda sendiri bagi memudahkan anda.

Apa Perlu Anda Tahu Sebelum Jual Rumah Sendiri?

Jika anda berhasrat untuk menjual rumah anda, terdapat pelbagai perkara yang perlu anda ketahui seperti cara untuk menjual.

Walaupun anda mempunyai pengalaman dalam menjual apa sahaja produk atau barangan tapi perlu anda ketahui menjual rumah adalah tidak sama dengan menjual barangan yang lain.

Hal ini kerana banyak perkara yang perlu anda pertimbangkan dan perhatikan sebelum menjual rumah.

Menjual rumah bukanlah satu perkara yang mudah dan tidak juga terlalu sukar.

Selain daripada itu anda perlulah mengetahui harga rumah yang bakal anda jual tersebut.

Dimana harga tersebut tidak boleh ditentukan dengan sewenang-wenangnya.

Anda perlulah meneliti beberapa aspek sebelum meletakkan harga, jika tidak berkemungkinan besar rumah yang anda pasarkan tidak terjual dalam tempoh yang lama.

Bukan itu sahaja, anda juga perlu mengenali rumah anda sendiri dari segi lokasinya, struktur, reka bentuk, saiz lot dan pelbagai lagi aspek berkenaan rumah anda.

Hal ini kerana anda perlulah mengenali rumah anda terlebih dahulu agar lebih mudah untuk anda menjawab segala persoalan pembeli mengenai rumah anda.

Barulah pembeli akan yakin untuk membeli rumah tersebut dengan anda.


Prosedur Jualan Rumah yang Perlu Anda Tahu

Terdapat beberapa prosedur yang perlu anda lalui sebelum dah ketika proses penjualan rumah berlangsung.

1/ Tandatangan Surat Tawaran (surat tunjuk minat)

Jika terdapat pembeli yang berminat dengan rumah tersebut, pembeli perlu menandatangani surat tawaran seperti surat tunjuk minat.

Biasanya mereka akan membayar 3% dari harga jualan untuk menandakan bahawa mereka bersetuju untuk membeli rumah tersebut.

Tapi sebenarnya, adalah lebih baik jika bayaran ini dibuat kepada peguam atau ejen hartanah yang berpengalaman.

Berapa lama tempoh masa untuk pembeli menandatangani surat perjanjian jual beli?

Tempoh masa adalah kebiasaannya dalam 14 ke 21 hari bekerja.

Apakah akan terjadi dengan wang tanda jadi jika berlaku pembatalan?

Dalam syarat-syarat dan terma mengenai wang tanda jadi, mereka tidak akan mengembalikan wang tersebut jika pembeli membatalkan pembelian.

2/ Proses Permohonan Pinjaman & Surat Perjanjian

Pembeli memohon pinjaman perumahan dan akan tandatangan surat perjanjian jual beli rumah tersebut.

Selepas itu, pembeli akan menghantar surat permohonan pinjaman tersebut kepada bank.

Proses ini akan memakan masa dalam tempoh 14 hari berkerja untuk mengetahui keputusannya.

Jika dokumen tidak lengkap, proses ini akan mengambil masa yang lebih lama.

Setelah pinjaman diluluskan, anda dan si pembeli akan tandatangan surat perjanjian jual beli tersebut.

3/ Bantu Penilai Ke Rumah

Bank akan melantik seorang penilai untuk mengeluarkan laporan penilaian apabila perjanjian jual beli ditandatangani.

Penilai akan hadir untuk memeriksa rumah anda.

Mereka akan mengambil masa dalam setengah jam untuk membuat pemeriksaan.

Tapi jangan risau.

Penilaian rumah anda itu tidak akan berubah di peringkat ini.

4/ Tunggu Sehingga Pindah Milik Selesai

Masa yang diberikan untuk urusan pindah milik rumah tersebut kepada pembeli bergantung kepada kes tersebut.

Untuk hartanah freehold yang mempunyai geran perseorangan atau setara, selalunya boleh selesai dalam masa 90 hari bekerja dari tarikh perjanjian jual beli rumah tersebut.

Hartanah leasehold dengan geran perseorangan atau strata pula lebih lama pengurusannya.

Untuk pengurusan hartanah leasehold, pengurusan memakan masa dalam sebulan sehingga tiga bulan kerana peguam perlulah mendapatkan kebenaran dari pihak berkuasa negeri terlebih dahulu.

Peguam hanya boleh memulakan proses pindah milik apabilah kebenaran ini telah diperolehi.

Proses ini akan mengambil masa dalam 90 hari bekerja dari tarikh kebenaran diterima.

5/ Serahan kunci

Apabila proses pindah milik sudah selesai, penyerahan kunci kepada pembeli akan berlaku.

6/ Tempoh masa sebenar jual beli

Secara jujurnya, tidak ada tempoh yang tetap untuk urusan jual beli rumah kerana ia bergantung kepada rumah tersebut dan proses pengurusannya.

Berikut merupakan anggaran masa dari Tarikh pembelian rumah sehingga penyerahan kunci:

  • Hartanah freehold dengan adanya geran individu atau strata: 4 hingga 5 bulan.
  • Hartanah leasehold dengan adanya geran individu atau strata: 6 hingga 8 bulan.
  • Rumah master title: 5-7 bulan.
  • Rumah master title yang mempunyai geran perlu disempurnakan dalam tempoh setahun atau lebih dari tempoh tersebut

Khidmat Ejen Hartanah Berdaftar

Jika anda rasa kurang mahir tentang selok belok tentang penjualan rumah, adalah disarankan untuk elak jual rumah sendiri.

Untuk pengetahuan anda yang ingin jual rumah sendiri sememangnya banyak memakan masa dan tenaga anda.

Bukan itu sahaja anda perlu memerah otak untuk memikirkan segala aspek yang penting sebelum menjual rumah anda seperti penentuan harga.

Tapi sebenarnya, anda tidak perlu berfikir terlalu rumit jika anda menggunakan khidmat daripada egen yang berdaftar.

Ejen yang berdaftar akan membantu anda dalam proses jual beli rumah anda, bermulalah dari urusan menentukan harga sehingga proses yang seterusnya.

Dengan menggunakan khidmat ejen yang berdaftar ini akan memudahkan urusan anda untuk menjual rumah anda dengan cepat kerana mereka telah mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam bidang tersebut.

Sebenarnya terdapat banyak kelebihan yang akan anda dapatkan jika anda menggunakan khidmat ejen berdaftar untuk membantu anda.


Kelebihan Menggunakan Khidmat Ejen Berdaftar

1. Mengelakkan Risiko Penipuan

Untuk mengelakkan risiko penipuan berlaku, anda hendaklah merujuk kepada ejen hartanah yang berdaftar.

Hal ini kerana egen yang berdaftar telah berpangalaman dan mengetahui perkara asas dan yang penting berkaitan penjualan rumah.

Bukan itu sahaja, segala kerja dan prosedur yang dilaksanakan secara profesional adalah berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Dengan itu, perkara ini dapat membantu untuk mengelakkan berlakunya sebarang penipuan ketika urusan jual beli dilaksanakan.

2. Menjimatkan Masa

Untuk pengetahuan anda, urusan jualan rumah sangat memerlukan komitmen tenaga dan masa yang cukup untuk disetiap peringkat prosesnya.

Peringkat prosesnya adalah seperti aktiviti pengiklanan rumah dan tapisan kelayakan pembeli.

Semua urusan seperti viewing rumah oleh bakal pembeli atau urusan pinjaman bank dan lain-lain yang berkaitan.

Pembahagian masa antara urusan kerja, urusan keluarga dan urusan-urusan penjualan rumah adalah sangat sukar jika anda seorang yang tidak berpengalaman dan kurang berpengetahuan dalam pengurusan penjualan rumah.

Anda mungkin akan mendapatkan seseorang pembantu yang boleh memberi masanya terhadap urusan jualan rumah anda hingga berjaya terjual jika anda menggunakan ejen hartanah.

3. Fokus Pada Urusan Penjualan Rumah

Urusan jualan rumah sangat memerlukan komitmen tenaga dan masa disetiap peringkat seperti aktiviti pengiklanan,viewing rumah oleh bakal pembeli, tapisan kelayakan pembeli, urusan pinjaman bank dan lain-lain yang berkaitan dengan urusan jual beli rumah.

Segala urusan yang berkaitan dengan jualan rumah akan mempengaruhi masa-masa anda untuk menguruskan urusan-urusan yang lain seperti urusan kerja dan urusan keluarga.

Oleh itu, anda perlu mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang tinggi dalam menguruskan masa anda.

Menggunakan kepakaran seorang ejen hartanah akan memudahkan anda untuk membantu anda menguruskan urusan jual beli rumah kerana mereka hanya akan fokus terhadap urusan penjualan rumah tersebut.

4. Ilmu Pengetahuan, Pengalaman & Kemahiran

Untuk memastikan segala urusan jualan rumah berjalan dengan lancar anda memerlukan kepakaran dan kemahiran dari kalangan orang yang fokus sepenuh masa dalam bidang hartanah ini.

Teknik pengiklanan iaitu modal pengiklanan, pengalaman dalam menguruskan kes-kes jualan rumah dan aspek pengetahuan pasaran hartanah merupakan aspek-aspek yang perlu difokuskan.

Tahukah anda ejen hartanah mempunyai kemahiran yang luas mengenai pasaran hartanah di sebuah kawasan.

Harga-harga pasaran semasa atau siapakah pesaing-pesaing yang berada dalam kawasan perjiranan perumahan anda merupakan perkara asas yang diketahui oleh seorang ejen hartanah tentunya.

Daripada maklumat inilah mereka akan mengetahui bagaimana untuk menggunakan teknik pengiklanan iaitu teknik pemasaran yang terbaik bagi memastikan rumah anda dapat terjual dengan cepat dan mudah.


Mereka akan menggunakan palatform pengiklanan yang berkualiti tinggi seperti i-property dan property guru bagi memastikan pendedahan pengiklanan rumah anda lebih meluas dan jelas.

Semua ini memerlukan modal yang besar dan mereka sanggup untuk mengeluarkan modal bagi memastikan matlamat anda dapat dicapai dengan cepat.

Hal ini lebih memudahkan anda kerana anda tak perlu susah payah mengeluarkan modal iklan.

Pada masa yang sama, mereka mempunyai pengalaman menguruskan ratusan kes jualan rumah iaitu setiap kes mempunyai “jalan cerita” yang yang bermula daripada pengiklanan, pengurusan pembelian, pinjaman bank dan urusan pindah milik sesebuah hartanah.

Dengan itu, untuk memastikan segala urusan yang berkaitan dengan jual beli rumah menjadi lebih teratur dan tersusun kita perlulah menekankan kepentingan faktor ilmu pengetahuan dan kemahiran.


JomBeliRumah.My merupakan Ejen Hartanah Berdaftar, boleh hubungi kami jika ingin mendapatkan penilaian rumah atau hartanah anda.

Jika anda mencari Ejen Hartanah Selangor Kuala Lumpur atau Negeri Sembilan…

Boleh terus wasap kami:
https://hisyamariffin.wasap.my/

https://hisyamariffin.wasap.my/