Menggunakan Ejen Hartanah Berdaftar untuk menguruskan penjualan rumah anda adalah pilihan yang paling tepat.
Menjual rumah sendiri bukanlah satu proses yang mudah kerana ia melibatkan beberapa pihak yang penting.
Setiap pihak juga mempunyai peranan dan kelebihan masing-masing.
Salah pilih ejen hartanah akan menyebabkan proses jual rumah tidak berjalan lancar.
Namun, jangan sesekali berniat ingin menjual rumah sekiranya semua proses anda mahu lakukan sendiri tanpa bantuan agent hartanah.
Lakukan sendiri dari mula sampai habis memerlukan masa, tenaga dan ilmu yang tinggi untuk memastikan urusan tersebut berjalan lancar.
Oleh itu, kami sarankan anda boleh menggunakan ejen hartanah yang sah berdaftar untuk menjual rumah.
Walaupun perlu membayar sejumlah wang tertentu kepada ejen anda, ia akan memudahkan proses jual rumah tersebut.
Penting sekali, pilihlah ejen hartanah yang berdaftar!
Contents
- Siapa Ejen Hartanah Berdaftar
- 12 Fungsi Dan Tugas Ejen Hartanah
- Kelebihan & Manfaat Menggunakan Ejen Hartanah Berdaftar
- 1/ Dipercayai Dan Kurang Risiko Penipuan
- 2/ Pakar Dalam Urusan Jual Beli Rumah
- 3/ Lebih Jimat Dan Teratur
- 4/ Kemahiran Dan Ilmu
- 5/ Hak Dilindungi Sebagai Client
- 6/ Networking (Rangkaian Kenalan)
- 7/ Tiada Penyelewengan
- 8/ Menguruskan Urusan Dokumentasi
- 9/ Khidmat Nasihat Dan Ilmu Pinjaman Bank
- 10/ Khidmat Nasihat Berkaitan Proses, Pembelian Dan Kos
- 11/ Menjimatkan Tenaga
- 12/ Melindungi Hak Anda
- 13/ Dapat Menganalisa Pasaran Semasa
- 14/ Rumah Terjual Dengan Cepat
- 15/ Tak Perlu Berjumpa Pembeli
- Cara Pilih Ejen Hartanah Berdaftar
- Perunding Hartanah Berdaftar Kuala Lumpur, Selangor & Negeri Sembilan
Siapa Ejen Hartanah Berdaftar
Mari kenali siapa ejen hartanah yang berdaftar dan kenapa perlu menggunakan perkhidmatan mereka untuk menjual rumah.
Ejen hartanah berdaftar adalah orang yang bertanggungjawab dengan urusan jual beli, sewa, pajak dan proses yang berkaitan dengan hartanah sama ada penubuhan syarikat, agensi atau individu dengan mempunyai lesen atau kuasa menjalankan perniagaan tersebut.
Ejen hartanah juga seringkali disebut sebagai Rea Estate Negotiator.
Lesen berdaftar yang mereka terima dikeluarkan oleh Lembaga Penilai Pentaksir dan Ejen Hartanah (LPPEH).
Bagi mendapatkan lesen ini, mereka mempunyai tugasan dan temuduga tertentu untuk dihadiri. Dengan adanya lesen yang bersifat kekal ini, ia membuktikan seseorang itu ejen berdaftar atau tidak.
12 Fungsi Dan Tugas Ejen Hartanah
Dikatakan sebagai orang tengah, ejen hartanah menjadi penyelesaian terbaik dalam melaksanakan proses jual beli rumah.
Jom lihat antara fungsi ejen hartanah bagi memastikan proses jual rumah berjalan lancar sehingga pembeli menerima kunci rumah baru mereka.
- Menguruskan urusan peguam dan pembeli rumah
- Menguruskan urusan peguam dan penjual rumah
- Mencari peguam terbaik untuk dilantik oleh client
- Memastikan segala proses pinjaman bank berjalan lancar
- Membantu menguruskan dokumentasi pembeli dan penjual
- Menerangkan proses jual beli rumah dan transaksi kerja yang perlu dijalankan
- Memastikan pembeli menerima kunci rumah mereka
- Menganalisis harga semasa pasaran rumah
- Menasihati harga jualan rumah yang diletakkan
- Menjawab pertanyaan berkaitan maklumat rumah yang diperlukan
- Membawa pembeli melihat rumah
Boleh dikatakan fungsi ejen hartanah juga adalah untuk memudahkan para pembeli dan penjual.
Ia bukan sahaja menjimatkan masa dan tenaga kita, tetapi kita juga lebih untung kerana mereka juga akan carikan pembeli untuk kita.
Jadi, pembeli tidak perlu lakukan sendiri proses pengiklanan, mencari peguam dan lain-lain proses.
Serahkan sahaja kepada yang pakar iaitu ejen hartanah berdaftar.
Anda cuma perlu beri kerjasama sahaja!
Kelebihan & Manfaat Menggunakan Ejen Hartanah Berdaftar
Ada beza jika anda menggunakan ejen hartanah yang berdaftar dan tidak berdaftar.
Ejen hartanah yang tidak berdaftar boleh jadi scammer atau penipu kerana mereka tiada bukti dimana mereka benar-benar fahami tugasan ejen hartanah.
Risikonya sangat tinggi sekiranya anda mengambil ejen yang tidak berdaftar.
1/ Dipercayai Dan Kurang Risiko Penipuan
Tahukah anda, kelebihan ejen hartanah berdaftar adalah mereka dipayungi oleh badan profesional Lembaga Penilaian Pentaksiran Ejen Harta Tanah (LPPEH), diberi latihan, tauliah dan dipantau rapi oleh badan tersebut.
Bukan sahaja berdaftar tetapi ejen hartanah diberikan latihan serta dipantau untuk menjadi lebih produktif dan mendapat hasil yang efektif dari perkhidmatan mereka.
LPPEH pula adalah sebuah badan yang bernaung dibawah Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).
Selain dipercayai ramai, menggunakan khidmat ejen hartanah berdaftar juga akan mengurangkan kadar risiko penipuan.
2/ Pakar Dalam Urusan Jual Beli Rumah
Ejen hartanah sangat pakar dalam urusan jual beli rumah dan seumpamanya.
Memang menjadi kerja mereka untuk menguruskan hal berkaitan rumah berbanding dengan kita yang belum mempunyai pengalaman.
Lebih baik melaburkan sedikit wang membayar mereka untuk lakukan urusan jual rumah dari mula sampai habis.
Dengan cara ini, kita dapat jimatkan masa dan tenaga, malah urusan jual rumah akan menjadi lebih efektif dan pantas.
Anda boleh lihat fungsi dan tugasan ejen hartanah yang diterangkan di atas tadi.
Itulah antara kepakaran mereka dalam menguruskan jual beli rumah.
Apabila kita membayar mereka untuk selesaikan hal jual rumah, hasilnya pasti sangat memberangsangkan!Masa
3/ Lebih Jimat Dan Teratur
Cuba bayangkan, jika semua urusan anda sendiri yang lakukan.
Pasti ia akan memakan masa yang cukup lama kerana baru sahaja ingin buat, terpaksa luang masa untuk memahami dan mempelajarinya.
Serahkan sahaja pada yang pakar, pasti masa anda juga lebih terjaga, jimat dan teratur.
Lagipun, kelebihan ejen hartanah berdaftar adalah mereka komited dengan kerjaya mereka!
Anda pula boleh menjimatkan masa dengan melakukan kerja hakiki anda sambil menanti pembeli rumah hadir.
4/ Kemahiran Dan Ilmu
Kelebihan ejen hartanah juga adalah mereka mempunyai kemahiran yang cukup besar kerana mereka telah dilatih sebelumnya serta mempunyai ilmu yang luas.
Antara ilmu penting digunakan oleh ejen hartanah adalah ilmu pasaran hartanah, cara iklan hartanah, harga pasaran rumah dan lain-lain lagi.
Mereka juga berpengalaman dari kes-kes jualan yang pernah mereka uruskan suatu masa dahulu.
Jadi, apa sahaja yang terjadi, ejen hartanah tahu cara untuk uruskannya!
5/ Hak Dilindungi Sebagai Client
Sama ada sebagai pembeli atau penjual, hak seseorang sentiasa dilindungi.
Semua perkara yang dilakukan haruslah mengikut prosedur yang betul dan yang telah ditetapkan.
Begitu juga dengan surat tawaran jual beli rumah yang perlu anda ikuti.
6/ Networking (Rangkaian Kenalan)
Kelebihan menggunakan ejen hartanah untuk jual rumah juga adalah mereka mempunyai ramai network.
Sebagai contoh, mereka mempunyai kenalan peguam, penilai harga dan pegawai bank untuk bekerjasama menguruskan proses jual beli rumah.
Anda tidak perlu susah-susah mencari peguam dan bankers di luar sana untuk proses jual rumah ini.
Ejen akan terus rujuk anda kepada kenalannya.
7/ Tiada Penyelewengan
Masalah besar yang menyebabkan ramai orang takut untuk mengambil ejen hartanah adalah risau berlakunya penyelewengan.
Kelebihan ejen hartanah berdaftar adalah wang deposit yang diserahkan akan terus dimasukkan ke dalam akaun Pelanggan Agensi Hartanah sebagai amanah.
Sekiranya pinjaman tidak diluluskan, wang tersebut akan dikembalikan sepenuhnya kepada anda semula.
8/ Menguruskan Urusan Dokumentasi
Bagi proses sewa, jual dan beli rumah, dokumen sangat penting untuk memastikan proses tersebut berjalan lancar, lulus dan mudah diselesaikan.
Bermula dari proses isi borang untuk maklumat syarikat, pinjaman bank dan persetujuan jual beli, semuanya melibatkan dokumentasi.
Ejen akan memastikan segala dokumen yang diperlukan lengkap sebelum diserahkan kepada pihak berkaitan.
Tanpa ejen hartanah, risiko dokumen tidak lengkap dan tak mungkin proses jual rumah dapat berjalan dengan baik.
9/ Khidmat Nasihat Dan Ilmu Pinjaman Bank
Dengan adanya ilmu, ejen hartanah akan berikan yang terbaik untuk anda.
Mereka tidak jemu berkongsi ilmu pinjaman bank mudah lulus, memberi nasihat berkaitan isu pembiayaan bank untuk beli hartanah dan sebagainya.
Sambil menyelam, sambil minum air.
Banyak info yang boleh anda ketahui dari ejen hartanah ini.
10/ Khidmat Nasihat Berkaitan Proses, Pembelian Dan Kos
Sekiranya anda ragu-ragu dan masih tidak faham, ejen hartanah akan menerangkan kepada anda akan kos dan proses yang terlibat untuk menjual rumah.
Terdapat tempoh masa bagi proses ini.
Dengan adanya konsultansi dari ejen hartanah, anda akan lebih jelas dengan perkara yang sedang berlaku ini.
11/ Menjimatkan Tenaga
Ejen hartanah berdaftar memberi komitmen yang sangat tinggi dalam memastikan penjual mendapat pembeli rumah dan begitulah sebaliknya.
Jadi, kebanyakan proses jual rumah ini tidak memerlukan tenaga penjual.
Ejen hartanah akan melakukannya dan penjual akan membantu dari segi keperluan sahaja.
12/ Melindungi Hak Anda
Dengan menggunakan ejen hartanah berdaftar, hak akan akan terjamin dimana LPPEH akan mengawal selia ejen tersebut.
Pastinya anda lebih selamat, hak terjamin dan penting sekali anda tidak ditipu.
Gunakan ejen hartanah berdaftar daripada anda sendiri tertipu kerana tiada ilmu dalam jual beli rumah.
13/ Dapat Menganalisa Pasaran Semasa
Ada penjual rumah yang tidak tahu untuk meletakkan harga jualan rumah, biarpun mereka hanya membuat perbandingan dengan cara melihat iklan orang lain sahaja, masih ada yang tidak kena.
Pendapat dari ejen hartanah berdaftar sangat penting supaya harga rumah dapat diletakkan sesuai dengan keadaan pasaran sekarang.
14/ Rumah Terjual Dengan Cepat
Segala proses akan dilakukan dengan pantas oleh ejen hartanah. Mereka akan mencadangkan harga jualan rumah, mencari banker dan peguam untuk anda.
Proses jual beli akan segera dilakukan.
Di samping itu, ejen hartanah ini juga sangat agresif beriklan untuk mendapatkan pembeli rumah anda.
15/ Tak Perlu Berjumpa Pembeli
Ya, anda tak perlu berjumpa dengan pembeli atau sesiapa yang berminat untuk melihat rumah anda.
Ejen hartanah sendiri yang akan membawa pembeli melihat rumah serta melayan soal jawab bersama pembeli. Seronok bukan?
Anda cuma perlu dengar berita baik rumah anda sudah ada pembeli!
Cara Pilih Ejen Hartanah Berdaftar
Bagi proses menjual rumah, anda perlu ketahui status rumah tersebut sama ada freehold atau leasehold.
Sekiranya banyak maklumat berkaitan rumah yang anda kurang pasti, berterus terang sahaja dengan ejen hartanah anda.
Mereka akan membantu anda untuk semua proses jualan rumah tersebut.
Berdaftar Dan Mempunyai Pengalaman
Sangat penting untuk anda kenal pasti siapa ejen hartanah yang akan bekerjasama dengan anda. Pilih ejen hartanah berdaftar yang berpengalaman supaya mereka benar-benar dapat membantu anda dalam setiap langkah menjual rumah.
Lokasi
Lebih mudah lagi, anda perlu memilih ejen hartanah yang berhampiran dengan rumah atau tempat tinggal anda, tiada masalah jika tidak terlalu jauh. Ia adalah untuk memudahkan urusan untuk berjumpa atau viewing rumah bersama pelanggan satu hari nanti.
Sikap Dan Etika
Sikap sangat penting dinilai, tidaklah hanya paras rupa dan kekemasan mereka.
Selain berasa selesa apabila bekerjasama, pasti mereka benar-benar dapat membantu anda dan prihatin akan masalah anda.
Jangan sesekali melantik ejen hartanah yang tidak beretika, ia akan mendatangkan masalah sahaja.
Sekiranya ada rakan-rakan yang mengesyorkan ejen hartanah kepada anda, lihat dahulu apakah pengalaman mereka semasa bekerjasama dengan ejen hertanah tersebut.
Jika ia sangat bermanfaat dan proses jual rumah berjalan lancar, terus sahaja pilih ejen tersebut!
Berikut adalah kelebihan dan manfaat menggunakan ejen hartanah berdaftar untuk menjual rumah.
Semoga entri ini bermanfaat buat anda.
Perunding Hartanah Berdaftar Kuala Lumpur, Selangor & Negeri Sembilan
Saya Sr. Norhisyam bin Ariffin.
Perunding Hartanah Berdaftar di LEGACY REAL PROPERTY SDN BHD.
Saya telah memulakan karier saya sebagai Perunding Hartanah Sejak 2012 bermula di Bangi, Selangor.
Saya juga merupakan Pelelong Berlesen Untuk Negeri Selangor.
Jadi, saya banyak mendapat banyak lantikan lelongan untuk di Negeri Selangor.
Sekiranya anda mempunyai masalah dengan bayaran rumah atau mempunyai tunggakan semasa, saya boleh membantu memberi khidmat nasihat dan cuba membantu anda bagi mengelakkan rumah anda di lelong.
Alhamdulillah, setakat hari ini saya telah banyak membantu pemilik rumah untuk menjual rumah mereka. InsyAllah kali ini saya boleh membantu anda dengan harga yang mengikut nilai pasaran.
Hubungi Saya Terus di Whatsapp
https://hisyamariffin.wasap.my/
https://hisyamariffin.wasap.my/