Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Penilaian Harga Semasa Rumah?

Jika dilihat kini, ramai individu yang mempunyai dan memiliki hartanah dan rumah sendiri tapi kurang arif dengan penilaian semasa rumah.

Sedangkan penilaian ini sendiri sangat penting dan tidak boleh diabaikan, lebih-lebih pula jika anda berhajat untuk menjual hartanah anda.

Bagaimana anda hendak menjual rumah anda jika tidak tahu nilainya?

Ataupun bagaimana anda ingin membeli rumah tanpa tahu penilaian rumah kini?

Di sinilah kepentingan yang anda boleh lihat sendiri, betapa perlunya kita mempunyai pengetahuan dalam penilaian harga semasa rumah.

Mengapa perlu tahu?

Sudah tentu dengan mempunyai pengetahuan mengenai penilaian harga semasa rumah anda dapat mengelakkan diri anda daripada terpedaya dengan sindiket penipuan.

Lebih-lebih pula sehingga boleh menyebabkan anda mengalami kerugian.

Nilai hartanah bukanlah satu nilai yang kecil, jika anda tidak mempunyai pengetahuan cukup anda mungkin berisiko untuk menghadapi kerugian sehingga puluhan ribu.

Bukan itu sahaja, mungkin kerugian tersebut boleh mencecah ratusan ribu ringgit.

Jangan risau, anda masih boleh mengelakkan semua risiko yang bakal berlaku.

Di artikel ini kami akan bantu anda memahami konsep dan maklumat berkenaan penilaian semasa harga rumah.

Definisi nilai harga pasaran rumah

Selalu sahaja kita dengar orang ramai menyebut mengenai harga pasaran rumah.

Tapi berapa ramai orang agaknya yang tahu dan memahami mengenai harga pasaran rumah?

Sudah tentu bukan semua orang tahu mengenai hal tersebut, padahal pengetahuan mengenai harga pasaran rumah sangatlah penting.

Untuk pengetahuan anda, nilai harga pasaran rumah adalah sama dan juga dikenali sebagai nilai pasaran hartanah.

Walaupun ia Nampak mudah tapi juga terdapat golongan yang menganggap harga pasaran rumah dan hartanah adalah berbeza.

Tanggapan tersebut adalah salah sama sekali.

Jadi bagaimana nilai harga pasaran hartanah tersebut ditentukan? Adakah kita boleh meletakkan harga sesuka hati?

Sudah tentu tidak, nilai harga pasaran hartanah ini perlulah ditentukan oleh orang yang berkemahiran dan berpengetahuan dalam bidang penilaian harga hartanah.

Biasanya nilai sesuatu hartanah dikeluarkan oleh jurunilai rumah atau juga dikenali sebagai valuer.

Di mana jurunilai rumah ini adalah orang yang telah terlatih untuk menilai harga pasaran rumah anda.

Dengan itu anda akan dapat mengetahui nilai maksimum yang membolehkan pinjaman perumahan dilakukan.


Apa itu penilaian harga rumah?

Jika anda berhajat untuk menjual rumah anda, penilaian harga rumah adalah antara perkara utama yang perlu anda dahulukan.

Mengapa? Sudah pasti menjadi kesukaran untuk menjual sebuah rumah tanpa mengetahui nilai dan penilaian harga rumah semasa.

Tahukah anda, penilaian harga rumah adalah antara elemen penting dalam proses jual beli hartanah yang memudahkan anda dalam proses tersebut.

Jadi kalau tidak mahu jual rumah, adakah anda perlu mengambil tahu mengenai penilaian harga rumah semasa?

Sudah tentu perlu, siapa kata penilaian rumah ini penting hanya ketika jual beli rumah.

Penilaian rumah juga penting seperti dalam urusan pengurusan harta pusaka dan sebagainya.

Penilaian harga rumah tidak akan sama setiap tahun, di mana harga hartanah pasti akan meningkat setiap tahun.

Oleh itu sangat penting untuk anda mengetahui mengenai penilaian rumah semasa mengikut ketetapan masa kini.

Penilaian harga rumah semasa boleh ditentukan oleh para penilai yang bertauliah dan telah berdaftar di agensi yang sah.

Baca: Proses Jual Rumah Dari Awal Sehingga Selesai


Kelebihan menilai harga pasaran rumah

Mengambil tahu mengenai penilaian hartanah tidak akan menjadikan usaha anda sia-sia.

Ini kerana ilmu mengenai penilaian hartanah adalah penting dan berguna dan akan menjadi lebih penting pada masa hadapan.

Mengapa ianya penting? Kerana harga hartanah akan meningkat seiring dengan masa yang berlalu ke hadapan.

Tahukah anda terdapat banyak kelebihan yang boleh anda peroleh jika anda mengetahui mengenai penilaian harga pasaran rumah.

Berikut kami kongsikan kepada anda antara kelebihan menilai harga pasaran rumah semasa.
· Anda dapat mengetahui nilai sebenar rumah anda.
· Anda dapat memaksimumkan keuntungan.
· dapat mengelakkan risiko kerugian.
· Memberi kemudahan kepada anda dalam urusan jual beli rumah.
· Dapat mengikuti penilaian rumah atau hartanah semasa dan terkini.
· Mempercepatkan proses penjualan rumah.
· Memudahkan proses pembahagian harta pusaka dengan adil.

Sebenarnya banyak lagi kelebihan yang anda boleh perolehi jika anda membuat penilaian harga pasaran rumah anda.

Lebih mudah jika anda menggunakan khidmat penilai harga pasaran rumah atau valuer, segala urusan penilaian akan dibuat dengan mudah untuk anda.


Proses penilaian harga semasa rumah

Sebenarnya tiada cara yang dapat menentukan harga hartanah dengan sangat tepat, walau bagaimanapun terdapat beberapa cara yang biasa digunakan untuk penilaian harga semasa rumah.

Berikut adalah antara beberapa cara yang digunakan untuk penilaian harga semasa rumah :

1. Harga bandingan

Dalam kaedah ini penilaian harga semasa rumah dibuat melalui perbandingan dengan penilaian harga semasa rumah yang serupa di pasaran terbuka.

Walaupun begitu, harga semasa rumah yang di jual tidak akan melebihi jumlah maksimum yang akan dibayar oleh pembeli untuk harga semasa rumah yang serupa.

2. Kaedah keuntungan

Bagi kaedah keuntungan, harga semasa rumah dinilai berdasarkan harga diskaun atau pengurangan harga yang mungkin terhasil daripada keuntungan pada masa depan.

Untuk pengetahuan anda, anggaran jumlah aliran tunai pada masa akan datang dikira dan kemudiannya ditolak dengan menggunakan kadar khas yang sama dengan pulangan pelaburan yang akan diterima dari pada harga rumah semasa yang serupa.

3. Kaedah nilai baki

Seterusnya adalah kaedah nilai baki, di mana kaedah ini di gunakan untuk mengetahui berapa banyak wang yang boleh dijana oleh hartanah sekiranya dibangunkan semula.

Nilai baki rumah semasa tersebut adalah jumlah setelah siap pembangunan semula atau selepas menolak semua kos bagi pemulihan hartanah tersebut.

Anda tidak perlu risau, kaedah berikut sebenarnya tidaklah terlalu sukar seperti yang anda jangkakan.

Jika anda melakukan penyelidikan dengan bersungguh-sungguh serta bekerjasama dengan pihak profesional yang tepat untuk membantu dalam penilaian semasa rumah anda,

Segala urusan jual beli serta penilaian akan menjadi lebih mudah untuk anda.


Faktor-faktor yang mempengaruhi nilai semasa rumah

Tahukah anda nilai semasa rumah sebenarnya bergantung kepada beberapa faktor yang berbeza.

Walaupun faktor-faktor tersebut kelihatan remeh namun dapat memberi impak yang besar terhadap nilai semasa sesuatu rumah tersebut.

Dua jenis rumah dan hartanah yang sama ataupun serupa tidak semestinya mempunyai nilai yang sama.

Terdapat beberapa faktor tertentu yang akan memberi perbezaan kepada nilai kedua-dua hartanah yang sama.

Tidak hairan lah jika sebuah rumah yang bersaiz kurang daripada sebuah rumah yang lain tapi mempunyai nilai yang lebih tinggi.

Perkara ini berlaku disebabkan faktor-faktor yang mempengaruhi hartanah tersebut.

Berikut adalah antara faktor-faktor yang mempengaruhi dan membezakan nilai semasa rumah.

1. Trend Ekonomi Am

Pembelian rumah akan cenderung meningkat apabila berlakunya ledakan ekonomi.

Untuk pengetahuan anda, apabila berlakunya ledakan ekonomi maka akan berlaku peningkatan dalam pekerjaan, jumlah gaji serta pasaran buruh.

Pada masa ini lah, orang ramai akan sanggup membelanjakan wang ringgit untuk membeli hartanah.
Disebabkan hal ini, harga hartanah akan meningkat serta merta.

2. Lokasi Hartanah

Perkara ini mungkin kelihatan remeh pada segelintir masyarakat, tapi sebenarnya lokasi adalah antara perkara yang akan memberi impak yang besar terhadap nilai suatu hartanah.

Apa tidaknya, bayangkan anda seorang pembeli yang sedang menilai hartanah, apa jenis hartanah yang anda idamkan?

Sudah pasti yang dilengkapi dengan kemudahan di mana lokasinya berdekatan dengan pelbagai kemudahan.

Boleh dikatakan, lokasi yang strategik.

Dekat dengan pasaraya, pusat membeli-belah, tempat kerja dan tempat perkhidmatan bas.

Semua ini akan menarik minat anda sebagai pembeli bukan?

Begitulah juga kepada pembeli yang lain.

Ramai pembeli akan berebut-rebut untuk membeli hartanah yang berada di lokasi yang strategik menyebabkan nilai hartanah tersebut semakin meningkat.

Hal ini berbeza jika suatu hartanah tersebut berada di kawasan pedalaman di mana tidak ada sebarang kemudahan.

Walaupun hartanah tersebut unik atau bersaiz besar dan mewah tapi nilai hartanah tersebut pasti tidak setinggi dengan hartanah yang berada lokasi strategik.

Dengan itu akan kurang pembeli kepada hartanah yang berada di kawasan pedalaman dan menyebabkan nilai hartanah tersebut berkurang.

3. Kualiti pembinaan

Kualiti pembinaan adalah antara elemen yang juga sangat penting dalam menentukan nilai sesebuah hartanah iaitu harga semasa rumah.

Bagaimana kualiti pembinaan ini mempengaruhi nilai semasa rumah?

Nilai semasa rumah akan di nilai mengikut kualiti binaan seperti bahan yang digunakan, sama ada tahan lama atau pun tidak.

Semakin tahan lama bahan tersebut dan mempunyai kualiti yang tinggi maka nilai semasa rumah tersebut juga akan tinggi.

Pernahkah anda mendengar mengenai rumah-rumah yang pernah di bina beberapa dekat yang lalu tapi masih mampu mengekalkan nilainya di pasaran dengan nilai yang masih tinggi.

Bagaimana perkara tersebut berlaku?

Ini kerana bahan binaan yang di gunakan adalah jenis bahan binaan yang berkualiti dan tahan lama.
Bukan itu sahaja, kemahiran kerja serta reka bentuk struktur binaan tersebut juga akan mempengaruhi nilai semasa rumah.

4. Penyelenggaraan dan Pengubahsuaian

Faktor penyelenggaraan dan pengubahsuaian adalah bergantung dengan usia dan kualiti rumah tersebut.

Tahukah anda, apabila usia hartanah meningkat ia akan mudah dibelenggu dengan pelbagai masalah kerosakan yang perlu di selenggara.

Penyelenggaraan akan mengesan apa-apa jenis kerosakan yang terdapat pada rumah tersebut dan akan diubahsuai.

Penyelenggaraan serta pengubahsuaian yang baik akan meningkatkan lagi nilai semasa rumah anda.

Bukan itu sahaja, walaupun hartanah anda telah berusia tapi di selenggara dengan baik akan menyebabkan anda dapat mengekalkan nilai hartanah tersebut walaupun telah berusia.

Berbeza dengan hartanah yang telah lama di biarkan dan tidak di selenggara.

Keadaan ini akan menyebabkan nilai rumah semasa tersebut akan menurun.

Apa yang lebih dirisaukan adalah tahap penurunan nilai rumah tersebut mungkin akan menurun dalam jumlah yang besar.

Oleh itu, penyelenggaraan dan pengubahsuaian yang kerap terhadap hartanah adalah penting bagi mengekalkan nilainya.


Rumusan

Jika anda menyelidik dan mengkaji mengenai penilaian hartanah ini secara lebih teliti, anda pasti akan mendapati bahawa penilaian harga semasa rumah tidaklah terlalu sukar.

Ini hanyalah sebahagian daripada maklumat mengenai penilaian semasa rumah yang boleh membantu memberi gambaran serta kefahaman kepada anda mengenai penilaian harga semasa rumah.

Untuk maklumat yang lebih lanjut anda boleh meminta nasihat kepada perunding hartanah atau valuer mengenai penilaian harga semasa rumah.

Jika artikel ini membawa manfaat kepada anda, anda boleh kongsikan kepada laman sosial anda.


JomBeliRumah.My merupakan Ejen Hartanah Berdaftar, boleh hubungi kami jika ingin mendapatkan penilaian rumah atau hartanah anda.

Jika anda mencari Ejen Hartanah Kuala Lumpur, Selangor atau Negeri Sembilan…

Boleh terus wasap kami:
https://hisyamariffin.wasap.my/

https://hisyamariffin.wasap.my/