Salah satu proses sebelum membeli rumah adalah mengetahui harga pasaran rumah semasa supaya harga yang ditawarkan adalah relevan dan berpatutan.
Selain itu, bagi mengelakkan diri ditipu, penting semak harga pasaran rumah sebelum bersetuju membeli atau sebelum membuat pinjaman bank.
Oleh yang demikian, terdapat proses jual beli rumah yang perlu kita ikuti supaya tidak terlepas pandang akan hal sebegini.
Bukan sahaja untuk jual dan beli rumah sahaja, tetapi dalam proses refinance, hibah dan pembahagian harta pusaka juga, harga pasaran rumah adalah sebagai rujukan buat anda.
Sebelum melihat cara semak harga pasaran rumah, mari ketahui antara kepentingan semak harga pasaran rumah yang ramai terlepas pandang. Ia bukanlah remeh seperti yang anda sangka, tetapi ia tersangatlah penting.
Contents
- Kepentingan Semak Harga Pasaran Rumah
- Cara Jimat Dalam Membeli Rumah
- Cara Semak Harga Pasaran Rumah
- 1. Pegawai Bank Setempat
- 2. Semak Sendiri Di Internet
- 3. Website Brickz.my
- 4. Semak Melalui Jurunilai Bertauliah
- 5. Tanya Kejiranan Kawasan Tersebut
- 6. Berdasarkan Rumah Lelong
- 7. Semak Melalui Ejen Hartanah
- 8. Semakan Nilai Rumah Percuma
Kepentingan Semak Harga Pasaran Rumah
Kenapa perlu semak harga pasaran rumah sedangkan harga rumah telah ditetapkan?
Sebagai pengguna, anda mempunyai hak untuk mengetahui nilai pasaran sebenar bagi harga rumah yang ingin anda miliki.
Begitu juga jika anda seorang penjual, tidak sewenang-wenangnya meletakkan harga sesuka hati sebaliknya anda perlu mengambil kira beberapa faktor termasuklah harga pasaran rumah.
Kepentingan semak harga pasaran rumah adalah seperti berikut:
- Dapat mengelakkan rumah dijual di bawah harga pasaran supaya tidak rugi dan elak menampakkan anda tidak professional
- Mengelakkan rumah tidak terjual kerana harga yang tidak berpatutan dan tidak relevan.
- Dapat percepatkan penjualan rumah kerana pembeli akan memilih dengan mudah.
- Dapat menganggarkan nilai potensi hartanah dan meletakkan harga jualan untuk rumah tersebut satu hari nanti.
- Dapat memaksimumkan keuntungan dan mengelakkan kerugian.
- Pembahagian hartanah / harta pusaka akan menjadi lebih adil.
Walaupun sudah menjadi keperluan, anda perlu berhati-hati.
Jika tersalah pilih cara semak harga pasaran rumah, kemungkinan anda perlu membayar untuk proses ini.
Elakkan tersalah langkah, gunakan cara semak harga pasaran rumah yang lebih jimat dan bijak.
Kini, terdapat banyak cara semak harga pasaran rumah yang boleh dilakukan secara percuma sahaja.
Cara Jimat Dalam Membeli Rumah
Salah satu cara untuk berjimat dalam membeli rumah adalah beli rumah mengikut harga pasaran rumah ataupun dibawah harga pasaran.
Sebagai contoh, sekiranya anda membeli rumah dengan harga RM 150K tetapi harga pasaran adalah RM 120K sahaja, bermakna anda terpasa mendepositkan lebih dari sepatutnya dan perlu lagi bayar RM 30K iaitu beza harga jualan dan pasaran.
Itupun masih perlu keluarkan banyak kos untuk membayar peguam,valuation, insurans dan lain-lain lagi.
Keutamaan dalam membeli rumah adalah penting beli harga tidak lebih dari harga pasaran semasa.
Melainkan jika anda benar-benar mahukan sesebuah rumah itu, anda akan sanggup membayar lebih.
Cara Semak Harga Pasaran Rumah
Terdapat beberapa cara semak harga pasaran rumah mudah yang boleh kita lakukan.
Setiap cara mempunyai kelebihan yang tersendiri, namun ia tidak sukar.
Ada juga cara yang boleh dilakukan dalam masa yang singkat sahaja.
Prosesnya juga tidak memakan tempoh masa yang agak panjang.
Untuk pengetahuan anda, nilai harga pasaran rumah ini juga akan dilihat oleh pihak bank dalam memberi pinjaman.
Mereka akan meluluskan pinjaman perumahan berdasarkan harga pasaran rumah yang ingin anda beli.
Ia bermaksud bank sendiri akan melihat harga pasaran rumah tersebut untuk menilai dan meluluskan jumlah pinjaman yang dibuat.
Sekiranya harga rumah yang ingin dibeli adalah lebih tinggi dari harga pasaran semasa, maka kemungkinan duit pendahuluan rumah anda akan menjadi lebih banyak yang perlu dibayar.
Oleh itu, penting untuk melihat harga pasaran semasa rumah tersebut.
Mari lihat cara semak harga pasaran rumah (market value) yang mudah buat anda.
1. Pegawai Bank Setempat
Paling mudah, anda boleh pergi ke mana-mana cawangan bank yang anda ingin lakukan pinjaman perumahan.
Anda boleh tanyakan kepada pegawai pinjaman perumahan berkaitan harga pasaran rumah tersebut.
Mereka akan mendapatkan maklumat dari pihak yang tepat dan memaklumkan terus kepada anda.
Namun, jangan lupa untuk sediakan info-info yang penting yang akan mereka minta.
Antaranya adalah seperti alamat rumah, keluasan, status bumi lot atau bukan bumi, keadaan rumah renovation atau tidak dan beberapa lagi soalan penting berkaitan rumah.
Lebih elok lagi, anda boleh bawa salinan perjanjian jual beli (Sales Purchase Agreement) dan juga geran rumah.
Sekiranya anda ingin bertanya kepada beberapa bank, jawapannya adalah lebih kurang sama sahaja kerana mereka akan melihat dari pihak rujukan yang sama.
2. Semak Sendiri Di Internet
Sekiranya tiada penyelesaian, gunakan alternatif laman sesawang sebagai cara semak harga pasaran rumah.
Antara cara semakan yang boleh anda gunakan adalah cari alamat dan nama kawasan perumahan tersebut dan lihat harga yang digunakan oleh orang lain sebelumnya.
Meskipun begitu, adakala ia tidak tepat kerana tidak semua orang menggunakan harga pasaran rumah.
Namun, terdapat sejenis website yang membantu menunjukkan hasil jumlah transaksi jual beli hartanah pada masa yang lepas.
Beberapa Website Perumahan
Laman sesawang mudah.my, propertyguru, iproperty, i bilik dan banyak lagi adalah laman website perumahan yang penuh dengan iklan rumah.
Anda juga boleh gunakan maklumat rumah dan harga yang terdapat di situ untuk menilai harga pasaran.
Walaupun ia tidak tepat dan tidak boleh dijadikan bukti sepenuhnya, tetapi ia boleh dijadikan rujukan dan anggaran yang boleh dilihat untuk pemula.
3. Website Brickz.my
Website http://www.brickz.my/ adalah laman sesawang yang dikhaskan untuk semak harga pasaran rumah.
Ia adalah sebuah laman sesawang yang boleh menunjukkan data tentang sesebuah kawasan rumah dan juga harga.
Namun data alamat jualan yang lengkap seperti no unit rumah hanya boleh diakses oleh pengguna yang subscribe aplikasi ini sahaja, tahun jualan dan juga harga jualan.
Lawatan tapak juga perlu dilakukan bagi memastikan ia benar-benar rumah yang anda maksudkan.
Data Market Value Di Brickz
Data pencarian dalam website ini adalah direkodkan oleh Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta (JPPH) suatu masa dahulu.
Malangnya, data yang dipaparkan adalah terhad, jadi untuk lihat data yang lebih lanjut, anda perlu melanggan aplikasi ini untuk mendapatkan data yang lengkap dan lebih terperinci.
Namun sebenarnya, data percuma yang anda terima juga cukup menunjukkan maklumat gambaran harga pasaran rumah di kawasan yang terlibat.
Cara Guna Brickz.my
Layari laman sesawang http://www.brickz.my/. Anda akan melihat ruangan pencarian dan masukkan alamat rumah yang ingin dicari di ruang tersebut.
Ini cara yang paling mudah.
Klik website ni dan search je alamat rumah yang anda nak beli.
Data yang dipaparkan di sini adalah transaksi jual/beli rumah setiap negeri yang direkodkan oleh Jabatan.
4. Semak Melalui Jurunilai Bertauliah
Jurunilai bertauliah adalah pihak sebenar yang bertanggungjawab untuk memberitahu harga pasaran rumah untuk pihak bank.
Adakala anda bertanya kepada pihak bank, pihak bank juga akan bertanya kepada jurunilai untuk memastikan harga pasaran tersebut.
Cara semak harga pasaran rumah ini agak sukar kerana bukan senang kita nak jumpa jurunilai bertauliah.
Adalah lebih baik jika kita tanyakan sahaja kepada pegawai bank, mereka anda bantu kita untuk tanyakan kepada jurunilai bertauliah.
Bagi mereka yang sudah pernah berurusan dengan jurunilai, tiada masalah untuk terus tanya dengan mereka.
Jurunilai juga akan membantu anda sebaiknya dalam membuat penilaian harga rumah.
Anda boleh tanyakan juga berkaitan harga yang ingin anda letakkan.
5. Tanya Kejiranan Kawasan Tersebut
Dengan mendapatkan sedikit maklumat berkaitan harga rumah jiran berdekatan, anda boleh membezakan dan menganggarkan nilai rumah tersebut.
Mungkin ada di antara jiran yang menyewakan rumah kepada orang lain, pernah melakukan refinance rumah dan sebagainya, anda boleh merujuk kepada mereka.
6. Berdasarkan Rumah Lelong
Tahukah anda, harga pasaran semasa pasti akan lebih sedikit tinggi dari harga rumah lelong atau reserved price.
Ya, harga rumah lelong adalah lebih rendah dari harga semasa.
Anda boleh menganggarkan nilainya berdasarkan harga rumah lelong di kawasan perumahan tersebut.
7. Semak Melalui Ejen Hartanah
Ramai yang masih tak faham akan fungsi ejen hartanah.
Mereka menguruskan hal jual beli rumah anda, sudah pastilah mereka sentiasa memastikan proses jual beli rumah lebih teratur dan mudah.
Salah satu tugasan yang mereka bantu kita adalah dengan menyemak harga pasaran rumah.
Urusan kita akan menjadi lebih mudah bukan?
Cara semak harga pasaran rumah ini amat pantas sekiranya anda mempunyai ejen hartanah untuk menguruskannya.
Tak perlu susah ke sana sini, fikirkan nak berjumpa siapa dan sebagainya, ejen hartanah anda sendiri yang akan semakkan buat anda.
Ejen hartanah sangat cekap dan pakar dalam pengurusan jual beli rumah dan mereka mempunyai rangkaian yang cukup besar.
Pastinya mereka mempunyai kenalan rapat dari bidang berkaitan seperti pegawai bank, jurunilai, bakal pembeli dan penjual, peguam hartanah dan ramai lagi.
Jadi, cara semak harga pasaran rumah melalui mereka adalah sangat disarankan.
Proses Semak Harga Pasaran Rumah Melalu Ejen Hartanah
Cara semak harga pasaran rumah yang mudah, cepat dan pantas melalui ejen hartanah sangat berkesan, namun ia berbeza berdasarkan setiap individu yang menguruskannya.
1. Pilih Ejen Hartanah Berdaftar Dan Pakar
Perkara pertama sebelum semak harga pasaran rumah melalui ejen adalah anda perlu pastikan ejen hartanah yang dipilih adalah yang sah berdaftar.
Mereka mempunyai kod pendaftaran ejen seperti REN 14334 yang boleh anda rujuk.
Sekiranya mereka tiada identiti kod pendaftaran, maka ia tidak sah dan mempunyai risiko.
Jangan risau, ejen hartanah yang terbaik pasti adalah yang sah dan berdaftar.
2. Sediakan Maklumat Yang Diperlukan
Cara semak harga pasaran rumah akan menjadi lebih mudah jika anda memberi kerjasama dengan ejen yang dilantik.
Berikan maklumat yang diminta dengan lengkap sepenuhnya.
Antara maklumat lengkap berkaitan rumah yang diperlukan adalah seperti alamat rumah, jenis rumah, keluasan rumah atau bangunan tersebut, maklumat ubahsuai rumah dan juga maklumat pemilik rumah yang lengkap.
- Alamat Rumah yang lengkap
- Jenis rumah seperti rumah teres 1 tingkat, rumah pangsa, rumah teres, semi-d, banglo dan sebagainya.
- Maklumat pemilik rumah iaitu nama, no untuk dihubungi, emel dan lain-lain lagi.
- Maklumat ubahsuai rumah jika ada seperti lantai dapur, bilik air, kabinet dapur dan lain-lain lagi.
3. Ejen Hartanah Buat Semakan
Dengan maklumat yang diberikan, ejen hartanah akan membuat semakan berkaitan harga pasaran rumah.
Kemudian, anda boleh bandingkan harga pasaran semasa dengan harga rumah yang ingin dibeli atau diletakkan.
Jika tidak tahu membuat keputusan, anda boleh mendapatkan nasihat dari ejen hartanah.
Mereka pasti tulus membantu anda!
Mana-mana cara semak harga pasaran rumah yang kami kongsikan diatas boleh anda lakukan.
Yang penting, fahami kepentingan semak harga rumah dan pilih cara yang terbaik supaya semuanya lebih mudah dilakukan.
Dengan bantu ejen hartanah yang dipercayai, pakar dan berpengalaman, pasti urusan anda berjalan lancar.
8. Semakan Nilai Rumah Percuma
Pihak kami merupaka ejen hartanah berdaftar. Kami menyediakan perkhidmatan untuk semakan penilaian rumah dan hartanah anda secara percuma.
Boleh terus hubungi wasap kami:
Ejen Hartanah Berdaftar Selangor Kuala Lumpur & Negeri Sembilan…
Boleh terus wasap kami:
https://hisyamariffin.wasap.my/
https://hisyamariffin.wasap.my/
Atau Boleh emel kami dengan isi form dibawah:
Jangan lupa hubungi kami
Boleh terus wasap kami:
https://hisyamariffin.wasap.my/