selamat datang ke website jombelirumah.my

Pelawat yang dihormati , selamat datang dan terima kasih kerana melawat website saya. Saya Hisyam Ariffin daripada Legacy Real Property Sdn Bhd merupakan perunding hartanah berdaftar berpengalaman dalam urusan jual beli hartanah kediaman dan komersil di Klang Valley. Boleh hubungi saya untuk dapatkan khidmat nasihat percuma tentang hartanah. HP: 016-9265312 | EMAIL : hisyamrealty.gmail.com

TENTANG KAMI

Saya Hisyam Ariffin Ejen Hartanah LEGACY REAL PROPERTY SDN BHD, sedia membantu anda.

Berkelulusan Dalam Sarjana Muda Pengurusan Hartanah Di Uitm Shah Alam. Saya Pernah bekerja sebagai seorang Penilai di salah sebuah syarikat swasta selama 5 tahun. Pada masa itu kerja-kerja saya banyak membuat semakan harga pasaran, menyiapkan Laporan Penilaian dan sebagainya. 

Bermula pada tahun 2012 saya menukar kerjaya saya sebagai Perunding Hartanah Berdaftar di Bangi. Pada tahun 2019 saya telah mendapat lesen Ejen Hartanah Berdaftar ( Real Estate Agent ) daripada Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta ( LPPEH) dan sekarang merupakan salah seorang Prinsipal di Legacy Real Property Sdn Bhd. Buat masa sekarang, kami mempunyai hampir 150 orang Perunding Hartanah Berdaftar.

Selain itu, saya juga merupakan PELELONG BERLESEN bagi Negeri Selangor. Saya mendapat banyak lantikan lelongan dari Mahkamah Tinggi Shah Alam dan Pejabat Tanah di sekitar kawasan Selangor.  Sekiranya anda mempunyai masalah dengan bayaran rumah atau mempunyai tunggakan semasa, saya boleh membantu memberi khidmat nasihat dan cuba membantu anda bagi mengelakkan rumah anda di lelong.

Alhamdulillah, setakat hari ini saya telah banyak membantu pemilik rumah untuk menjual rumah mereka. InsyAllah kali ini saya boleh membantu anda dengan harga yang mengikut nilai pasaran.

EMPAT PERKARA KENAPA ANDA PERLU MELANTIK EJEN HARTANAH BERDAFTAR

PROFESIONAL

Ejen Hartanah adalah satu kerjaya yang Profesioanal dan dipantau oleh Lembaga Penilai, Pentaksir dan EjenHarta Tanah (LPPEH). Ejen Hartanah juga perlu mamatuhi akta-akta  tertentu demi menjaga kepentingan Klien.

BERPENGALAMAN

Kami berpengalaman lebih 8 tahun sebagai ejen hartanah berdaftar. Kami yakin,dengan pengalaman kami, urusan jual beli atau sewa hartanah klien kami akan berjalan dengan lancar dan yang penting selamat.

JIMAT MASA

Anda tidak perlu habiskan masa anda untuk berurusan dengan ramai pihak dalam urusan jual, beli atau sewa hartanah. Anda akan dapat masa yang berkualiti dan boleh buat urusan lain dengan tenang. 

NETWORKING

Ejen hartanah mempunyai networking yang sangat besar di kalangan mereka. Kami juga mempunyai panel Peguam dan Bank yang pakar dalam hartanah. Kebarangkalian rumah anda terjual cepat adalah sangat tinggi. 

SENARAI HARTANAH TERKINI
CITRA EMBUN, MANTIN
D'SENTRAL BANDAR SERI PUTRA
LEGUNDI RESIDENDI BANDAR SERI PUTRA
lavender heighs, senawang