galeri

galeri jombelirumah.my

perkara yang anda perlu tahu jika ingin menjual, membeli atau sewakan hartanah

Ejen hartanah berdaftar

Ejen hartanah Berdaftar adalah sesorang yang mempunyai lesen selepas lulus sesi ujian lisan dan bertulis oleh ( LPPEH ).  Lesen ini membolehkan seseorang itu menjalankan perniagaan urusan jual, beli atau sewaan hartanah.

Apakah lppeh ?

Sebuah Lembaga yang tugaskan untuk mengawal aktiviti Penilai, Pentaksir, Ejen Hartanah dan Pengurus Harta di Malaysia. Ini bagi memastikan tiada kes penipuan dan kerugian mana-mana pihak.

lantikan exclusive

Salah satu lantikan kepada ejen hartanah berdaftar oleh pihak klien untuk menguruskan hartanah mereka sama ada jual atau sewa. Tempoh lantikan biasanya 3-6 bulan. Seandainya klien mempunyai pembeli, perlu di serahkan kepada ejen hartanah untuk urusan jual atau sewa.

fee ejen hartanah

Ejen hartanah adalah kerjaya yang profesional. Fee ejen hartanah adalah 3% (maksimum) daripada harga jualan. Kadar fee ini boleh di rujuk dalam Akta Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah 1981 ( Akta 242 ).

earnest deposit

‘Earnest Deposit’ adalah wang cagaran bagi tujuan menunjukkan kesungguhan daripada pembeli yang berminat untuk membeli sesuatu hartanah. Kebiasanyaanya Earnest Deposit ini adalah 3.18% daripada harga jualan hartanah yang bakal di beli dan juga merupakan sebahagian daripada harga rumah yang telah dipersetujui.

debt service ratio

Debt Service ratio adalah suatu kiraan yang boleh menentukan kelayakan atau kemampuan seseorang yang ingin membeli hartanah. ia bergantung kepada jumlah gaji dan jumlah komitmen yang ada sekarang dan komitmen hartanah yang bakal di beli. Kebiasanyanya pihak bank hanya benarkan 60%-70% komitmen sahaja bergantung pada bank.

freehold

Freehold adalah ‘Pegangan Bebas’. Kebarangkalian urusan jual beli akan cepat dan tidak perlu ‘renew’ tempoh pegangan. Akan tetapi jika unit itu adalah bumi lot maka lot itu mungkin ada sekatan dan perlu minta kebenaran Pihak Berkuasa Negeri ( Consent ) untuk di pindah milik.

leasehold

Leasehold adalah ‘Pegangan Bertempoh’. Kebanyakan hartanah di Malaysia jika leasehold tempoh pegangan adalah 99 tahun. Jika tempoh hampir tamat, pemilik perlu ‘renew’ tempoh tersebut . Sebelumdi pindah milik perlu minta kebenaran Pihak Berkuasa Negeri ( Consent ) untuk di luluskan. Proses jual beli kebiasaanya mengambil masa 6 – 8 bulan.

rizab melayu -Malay reserve

Rizab Melayu adalah hartanah yang hanya boleh di pindah milik pada kaum Melayu sahaja. Jika seseorang itu hanya bumiputera tetapi bukan Melayu juga tidak boleh di pindah milik.

Hakmilik strata

Suatu pembangunan hartanah yang membahagikan bangunan atau tanah kepada petak-petak, petak aksesori, dan harta bersama. Kebiasanya di gunakan untuk  bangunan yang bertingkat contohnya Apartment, Condominium dan Townhouse. Namun ada juga pemaju-pemaju sekarang menggunakan hakmilik strata ini untuk hartanah yang bertanah.

perjanjian jual beli

Adalah satu perjanjian di antara Pembeli dan Penjual dalam satu traksaksi jual beli hartanah melalui peguam yang di lantik.  Ia sangat penting kerana mengandungi syarat-syarat jual beli, butiran pembeli dan penjual, harga yang dipersetujui, tempoh masa dan sebagainya. 

BIAR KAMI URUSKAN JUAL BELI HARTANAH ANDA