PROFESIONAL & MESRA KLIEN

TAHNIAH KERANA ANDA TELAH BERJAYA MENDAPATKAN SERVIS EJEN HARTANAH BERDAFTAR

Nama saya NORHISYAM BIN ARIFFIN merupakan seorang Ejen Hartanah Berdaftar sepenuh masa bernombor E2831 di Syarikat Legacy Real Property Sdn Bhd. Berpengalaman selama 12 tahun dan aktif di sekitar Putrajaya, Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan. Saya juga Seorang Pelelong berlesen untuk Negeri Selangor dan Terengganu. Banyak urusan jual beli dan sewaan telah berjaya saya selesaikan seperti Rumah Banglo, Rumah Berkembar, Rumah Teres, Kondominium, Apartment, Tanah, kedai dan lain-lain lagi.

Kawasan tumpuan saya di Taman Pelangi Semenyih, Taman Semenyih Indah, Setia Eco Hill, Eco Majestic, Bandar Tasik Kesuma, Semenyih Parklands, Bandar Rinching, Bandar Sunway Semenyih, Bandar Teknologi Kajang, Taman Tasik Semenyih, Taman Semenyih Impian dan banyak lagi.

Sebagai seorang ejen Hartanah yang profesional, kami tertakluk pada akta dan undang-undang dan di pantau oleh Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen harta Tanah dan Pengurus Harta (LPPEH). Jika anda mempunyai sebarang hartanah ingin dijual, boleh hubungi saya di talian 016-9265312

ADAKAH ANDA MEMPUNYAI MASALAH BERIKUT ?

KENAPA ANDA PERLU MELANTIK EJEN HARTANAH ?

“Proses jual beli hartanah penting perlu difahami oleh penjual dan pembeli. Jika tidak ia akan mengambil masa yang lama dan akan menimbulkan banyak masalah sebelum selesai. Ejen Hartanah adalah orang yang mahir dan arif tentang urusan jual beli hartanah. Jadi ini akan memudahkan urusan kedua-dua pihak dan tidak berat sebelah. Selain itu ia akan menjimatkan masa anda dan boleh fokus pada keluarga dan kerja hakiki sekarang“.

APA YANG SAYA BOLEH BANTU ANDA

KHIDMAT NASIHAT PERCUMA

Jika anda ingin menjual, membeli atau menyewa hartanah anda, saya akan bagi servis khidmat nasihat secara percuma sehingga selesai

SEMAK HARGA PASARAN SEMASA

Saya akan bantu menyemak harga pasaran hartanah sebelum melakukan sebarang urusniaga. Ini sangat penting untuk mengelakkan anda kerugian.

PENGIKLANAN DAN DATABASE

Pengikalanan yang di buat secara online dan offline bagi memastikan hartanah ini dapat di jual dengan cepat dan tidak mengambil masa yang lama.

CEPAT DAN JIMAT MASA

Mempunyai networking yang luas dan cepatkan urusan. Ini dapat menjimatkan masa anda elakkan anda pening kepala.

KHIDMAT GUAMAN DAN BANK

Mempunyai rakan bisnes yang profesional dari Peguam dan Bank yang terpilih dan mempunyai rekod semasa yang baik. Kami akan menguruskan urusan peguam dan pinjaman bagi pembeli sehingga selesai.

EXCO PERSATUAN HARTANAH MUSLIM MALAYSIA

LEGACY REAL PROPERTY SDN BHD

AKTIVITI HARTANAH