Jual Rumah & Hartanah Archives - Ejen Hartanah Selangor | Negeri Sembilan | Kuala Lumpur

Cara Semak Harga Pasaran Rumah [Percuma]
Salah satu proses sebelum membeli rumah adalah mengetahui harga pasaran rumah semasa supaya harga yang ditawarkan adalah relevan dan berpatutan.

Selain itu, bagi mengelakkan diri ditipu, penting semak harga pasaran rumah sebelum bersetuju membeli atau sebelum membuat pinjaman bank.

Oleh yang demikian, terdapat proses jual beli rumah yang perlu kita ikuti supaya tidak terlepas pandang akan hal sebegini.

Bukan sahaja untuk jual dan beli rumah sahaja, tetapi dalam proses refinance, hibah dan pembahagian harta pusaka juga, harga pasaran rumah adalah sebagai rujukan buat anda.

Sebelum melihat cara semak harga pasaran rumah, mari ketahui antara kepentingan semak harga pasaran rumah yang ramai terlepas pandang. Ia bukanlah remeh seperti yang anda sangka, tetapi ia tersangatlah penting.

Kepentingan Semak Harga Pasaran Rumah

Kenapa perlu semak harga pasaran rumah sedangkan harga rumah telah ditetapkan?

Sebagai pengguna, anda mempunyai hak untuk mengetahui nilai pasaran sebenar bagi harga rumah yang ingin anda miliki.

Begitu juga jika anda seorang penjual, tidak sewenang-wenangnya meletakkan harga sesuka hati sebaliknya anda perlu mengambil kira beberapa faktor termasuklah harga pasaran rumah.

Kepentingan semak harga pasaran rumah adalah seperti berikut:

Dapat mengelakkan rumah dijual di bawah harga pasaran supaya tidak rugi dan elak menampakkan anda tidak professional

Mengelakkan rumah tidak terjual kerana harga yang tidak berpatutan dan tidak relevan.

Dapat percepatkan penjualan rumah kerana pembeli akan memilih dengan mudah.

Dapat menganggarkan nilai potensi hartanah dan meletakkan harga jualan untuk rumah tersebut satu hari nanti.

Dapat memaksimumkan keuntungan dan mengelakkan kerugian.

Pembahagian hartanah / harta pusaka akan menjadi lebih adil.

Walaupun sudah menjadi keperluan, anda perlu berhati-hati.

Jika tersalah pilih cara semak harga pasaran rumah, kemungkinan anda perlu membayar untuk proses ini.

Elakkan tersalah langkah, gunakan cara semak harga pasaran rumah yang lebih jimat dan bijak.

Kini, terdapat banyak cara semak harga pasaran rumah yang boleh dilakukan secara percuma sahaja.

Cara Jimat Dalam Membeli Rumah

Salah satu cara untuk berjimat dalam membeli rumah adalah beli rumah mengikut harga pasaran rumah ataupun dibawah harga pasaran. ​​

Sebagai contoh, sekiranya anda membeli rumah dengan harga RM 150K tetapi harga pasaran adalah RM 120K sahaja, bermakna anda terpasa mendepositkan lebih dari sepatutnya dan perlu lagi bayar RM 30K iaitu beza harga jualan dan pasaran.

Itupun masih perlu keluarkan banyak kos untuk membayar peguam,valuation, insurans dan lain-lain lagi.

Keutamaan dalam membeli rumah adalah penting beli harga tidak lebih dari harga pasaran semasa.

Melainkan jika anda benar-benar mahukan sesebuah rumah itu, anda akan sanggup membayar lebih.

Cara Semak Harga Pasaran Rumah

Terdapat beberapa cara semak harga pasaran rumah mudah yang boleh kita lakukan.

Setiap cara mempunyai kelebihan yang tersendiri, namun ia tidak sukar.

Ada juga cara yang boleh dilakukan dalam masa yang singkat sahaja.

Prosesnya juga tidak memakan tempoh masa yang agak panjang.

Untuk pengetahuan anda, nilai harga pasaran rumah ini juga akan dilihat oleh pihak bank dalam memberi pinjaman.

Mereka akan meluluskan pinjaman perumahan berdasarkan harga pasaran rumah yang ingin anda beli.

Ia bermaksud bank sendiri akan melihat harga pasaran rumah tersebut untuk menilai dan meluluskan jumlah pinjaman yang dibuat.

Sekiranya harga rumah yang ingin dibeli adalah lebih tinggi dari harga pasaran semasa, maka kemungkinan duit pendahuluan rumah anda akan menjadi lebih banyak yang perlu dibayar.

Oleh itu, penting untuk melihat harga pasaran semasa rumah tersebut.

Mari lihat cara semak harga pasaran rumah (market value) yang mudah buat anda.

1. Pegawai Bank Setempat

Paling mudah, anda boleh pergi ke mana-mana cawangan bank yang anda ingin lakukan pinjaman perumahan.

Anda boleh tanyakan kepada pegawai pinjaman perumahan berkaitan harga pasaran rumah tersebut.

Mereka akan mendapatkan maklumat dari pihak yang tepat dan memaklumkan terus kepada anda.

Namun, jangan lupa untuk sediakan info-info yang penting yang akan mereka minta.

Antaranya adalah seperti alamat rumah, keluasan, status bumi lot atau bukan bumi, keadaan rumah renovation atau tidak dan beberapa lagi soalan penting berkaitan rumah.

Lebih elok lagi, anda boleh bawa salinan perjanjian jual beli (Sales Purchase Agreement) dan juga geran rumah.

Sekiranya anda ingin bertanya kepada beberapa bank, jawapannya adalah lebih kurang sama sahaja kerana mereka akan melihat dari pihak rujukan yang sama.

2. Semak Sendiri Di Internet

Sekiranya tiada penyelesaian, gunakan alternatif laman sesawang sebagai cara semak harga pasaran rumah.

Antara cara semakan yang boleh anda gunakan adalah cari alamat dan nama kawasan perumahan tersebut dan lihat harga yang digunakan oleh orang lain sebelumnya.

Meskipun begitu, adakala ia tidak tepat kerana tidak semua orang menggunakan harga pasaran rumah.

Namun, terdapat sejenis website yang membantu menunjukkan hasil jumlah transaksi jual beli hartanah pada masa yang lepas.

Beberapa Website Perumahan

Laman sesawang mudah.my, propertyguru, iproperty, i bilik dan banyak lagi adalah laman website perumahan yang penuh dengan iklan rumah.

Anda juga boleh gunakan maklumat rumah dan harga yang terdapat di situ untuk menilai harga pasaran.

Walaupun ia tidak tepat dan tidak boleh dijadikan bukti sepenuhnya, tetapi ia boleh dijadikan rujukan dan anggaran yang boleh dilihat untuk pemula.

3. Website Brickz.my

Website http://www.brickz.my/ adalah laman sesawang yang dikhaskan untuk semak harga pasaran rumah.

Ia adalah sebuah laman sesawang yang boleh menunjukkan data tentang sesebuah kawasan rumah dan juga harga.

Namun data alamat jualan yang lengkap seperti no unit rumah hanya boleh diakses oleh pengguna yang subscribe aplikasi ini sahaja, tahun jualan dan juga harga jualan.

Lawatan tapak juga perlu dilakukan bagi memastikan ia benar-benar rumah yang anda maksudkan.

Data Market Value Di Brickz

Data pencarian dalam website ini adalah direkodkan oleh Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta (JPPH) suatu masa dahulu.

Malangnya, data yang dipaparkan adalah terhad, jadi untuk lihat data yang lebih lanjut, anda perlu melanggan aplikasi ini untuk mendapatkan data yang lengkap dan lebih terperinci.

Namun sebenarnya, data percuma yang anda terima juga cukup menunjukkan maklumat gambaran harga pasaran rumah di kawasan yang terlibat.

Cara Guna Brickz.my

Layari laman sesawang http://www.brickz.my/. Anda akan melihat ruangan pencarian dan masukkan alamat rumah yang ingin dicari di ruang tersebut.

Ini cara yang paling mudah.

Klik website ni dan search je alamat rumah yang anda nak beli.

Data yang dipaparkan di sini adalah transaksi jual/beli rumah setiap negeri yang direkodkan oleh Jabatan.

4. Semak Melalui Jurunilai Bertauliah

Jurunilai bertauliah adalah pihak sebenar yang bertanggungjawab untuk memberitahu harga pasaran rumah untuk pihak bank.

Adakala anda bertanya kepada pihak bank, pihak bank juga akan bertanya kepada jurunilai untuk memastikan harga pasaran tersebut.

Cara semak harga pasaran rumah ini agak sukar kerana bukan senang kita nak jumpa jurunilai bertauliah.

Adalah lebih baik jika kita tanyakan sahaja kepada pegawai bank, mereka anda bantu kita untuk tanyakan kepada jurunilai bertauliah.

Bagi mereka yang sudah pernah berurusan dengan jurunilai, tiada masalah untuk terus tanya dengan mereka.

Jurunilai juga akan membantu anda sebaiknya dalam membuat penilaian harga rumah.

Anda boleh tanyakan juga berkaitan harga yang ingin anda letakkan.

5. Tanya Kejiranan Kawasan Tersebut

Dengan mendapatkan sedikit maklumat berkaitan harga rumah jiran berdekatan, anda boleh membezakan dan menganggarkan nilai rumah tersebut.

Mungkin ada di antara jiran yang menyewakan rumah kepada orang lain, pernah melakukan refinance rumah dan sebagainya, anda boleh merujuk kepada mereka.

6. Berdasarkan Rumah Lelong

Tahukah anda, harga pasaran semasa pasti akan lebih sedikit tinggi dari harga rumah lelong atau reserved price.

Ya, harga rumah lelong adalah lebih rendah dari harga semasa.

Anda boleh menganggarkan nilainya berdasarkan harga rumah lelong di kawasan perumahan tersebut.

7. Semak Melalui Ejen Hartanah

Ramai yang masih tak faham akan fungsi ejen hartanah.

Mereka menguruskan hal jual beli rumah anda, sudah pastilah mereka sentiasa memastikan proses jual beli rumah lebih teratur dan mudah.

Salah satu tugasan yang mereka bantu kita adalah dengan menyemak harga pasaran rumah.

Urusan kita akan menjadi lebih mudah bukan?

Cara semak harga pasaran rumah ini amat pantas sekiranya anda mempunyai ejen hartanah untuk menguruskannya.

Tak perlu susah ke sana sini, fikirkan nak berjumpa siapa dan sebagainya, ejen hartanah anda sendiri yang akan semakkan buat anda.

Ejen hartanah sangat cekap dan pakar dalam pengurusan jual beli rumah dan mereka mempunyai rangkaian yang cukup besar.

Pastinya mereka mempunyai kenalan rapat dari bidang berkaitan seperti pegawai bank, jurunilai, bakal pembeli dan penjual, peguam hartanah dan ramai lagi.

Jadi, cara semak harga pasaran rumah melalui mereka adalah sangat disarankan.

Proses Semak Harga Pasaran Rumah Melalu Ejen Hartanah

Cara semak harga pasaran rumah yang mudah, cepat dan pantas melalui ejen hartanah sangat berkesan, namun ia berbeza berdasarkan setiap individu yang menguruskannya.

1. Pilih Ejen Hartanah Berdaftar Dan Pakar

Perkara pertama sebelum semak harga pasaran rumah melalui ejen adalah anda perlu pastikan ejen hartanah yang dipilih adalah yang sah berdaftar.

Mereka mempunyai kod pendaftaran ejen seperti REN 14334 yang boleh anda rujuk.

Sekiranya mereka tiada identiti kod pendaftaran, maka ia tidak sah dan mempunyai risiko.

Jangan risau, ejen hartanah yang terbaik pasti adalah yang sah dan berdaftar.

2. Sediakan Maklumat Yang Diperlukan

Cara semak harga pasaran rumah akan menjadi lebih mudah jika anda memberi kerjasama dengan ejen yang dilantik.

Berikan maklumat yang diminta dengan lengkap sepenuhnya.

Antara maklumat lengkap berkaitan rumah yang diperlukan adalah seperti alamat rumah, jenis rumah, keluasan rumah atau bangunan tersebut, maklumat ubahsuai rumah dan juga maklumat pemilik rumah yang lengkap.

Alamat Rumah yang lengkap

Jenis rumah seperti rumah teres 1 tingkat, rumah pangsa, rumah teres, semi-d, banglo dan sebagainya.

Maklumat pemilik rumah iaitu nama, no untuk dihubungi, emel dan lain-lain lagi.

Maklumat ubahsuai rumah jika ada seperti lantai dapur, bilik air, kabinet dapur dan lain-lain lagi.

3. Ejen Hartanah Buat Semakan

Dengan maklumat yang diberikan, ejen hartanah akan membuat semakan berkaitan harga pasaran rumah.

Kemudian, anda boleh bandingkan harga pasaran semasa dengan harga rumah yang ingin dibeli atau diletakkan.

Jika tidak tahu membuat keputusan, anda boleh mendapatkan nasihat dari ejen hartanah.

Mereka pasti tulus membantu anda!

Mana-mana cara semak harga pasaran rumah yang kami kongsikan diatas boleh anda lakukan.

Yang penting, fahami kepentingan semak harga rumah dan pilih cara yang terbaik supaya semuanya lebih mudah dilakukan.

Dengan bantu ejen hartanah yang dipercayai, pakar dan berpengalaman, pasti urusan anda berjalan lancar.

8. Semakan Nilai Rumah Percuma

Pihak kami merupaka ejen hartanah berdaftar. Kami menyediakan perkhidmatan untuk semakan penilaian rumah dan hartanah anda secara percuma.

Boleh terus hubungi wasap kami:

Ejen Hartanah Berdaftar Selangor Kuala Lumpur & Negeri Sembilan…

Boleh terus wasap kami:

https://hisyamariffin.wasap.my/

https://hisyamariffin.wasap.my/

Atau Boleh emel kami dengan isi form dibawah:

[contact-form-7]

Jangan lupa hubungi kami

Boleh terus wasap kami:

https://hisyamariffin.wasap.my/

https://hisyamariffin.wasap.my/

The post Cara Semak Harga Pasaran Rumah [Percuma] appeared first on Ejen Hartanah Selangor | Negeri Sembilan | Kuala Lumpur.

Cara Jual Rumah Sendiri Vs Menggunakan Ejen Hartanah
Uruskan jual rumah sendiri atau menggunakan ejen hartanah berdaftar adalah lebih baik?

Pada masa kini, kita dapat melihat terlalu banyak rumah yang dijual dan diiklankan di banyak tempat tidak kisahlah apa sahaja jenis saluran pengiklanan tersebut.

Anda boleh menemui iklan jual rumah ini sama ada surat khabar, majalah, facebook, twitter dan pelbagai lagi aplikasi yang boleh dijadikan sebagai saluran jual beli.

Apa tidaknya, rumah adalah antara keperluan asas utama bagi kehidupan masa kini.

Kalau tiada rumah bagaimana kita ingin meneruskan hidup tanpa tempat perlindungan yang selamat dan selesa.

Untuk pengetahuan anda, rumah adalah antara aset yang sangat penting,

jika anda perlu untuk membuat pilihan antara kereta dan rumah manakah yang akan menjadi pilihan anda?

Sebenarnya perkara ini adalah bergantung kepada diri individu itu sendiri,

Tapi adalah dinasihatkan untuk anda mempertimbangkan untuk membeli rumah terlebih dahulu.

Tahukah anda, setiap hari ada sahaja orang yang ingin mencari rumah atau menjual rumah mereka.

Kini ramai individu yang berhasrat untuk jual rumah sendiri tidak kisahlah apa sahaja tujuan untuk menjual rumah tersebut.

Sama ada kerana ingin membeli rumah yang baru ataupun kerana berpindah ke kawasan yang baru.

Sebenarnya banyak lagi faktor yang boleh menjadi sebab seseorang individu tersebut menjual rumah milik mereka.

Tapi ramai yang masih tidak tahu cara yang betul untuk menjual rumah mereka sendiri

Adakah anda merancang untuk menjual rumah anda sendiri?

Tapi tidak tahu bagaimana cara yang betul untuk menjual rumah?

Anda tidak perlu risau, pada artikel kali ini kami akan kongsikan kepada anda panduan lengkap bagi menjual rumah anda sendiri bagi memudahkan anda.

Apa Perlu Anda Tahu Sebelum Jual Rumah Sendiri?

Jika anda berhasrat untuk menjual rumah anda, terdapat pelbagai perkara yang perlu anda ketahui seperti cara untuk menjual.

Walaupun anda mempunyai pengalaman dalam menjual apa sahaja produk atau barangan tapi perlu anda ketahui menjual rumah adalah tidak sama dengan menjual barangan yang lain.

Hal ini kerana banyak perkara yang perlu anda pertimbangkan dan perhatikan sebelum menjual rumah.

Menjual rumah bukanlah satu perkara yang mudah dan tidak juga terlalu sukar.

Selain daripada itu anda perlulah mengetahui harga rumah yang bakal anda jual tersebut.

Dimana harga tersebut tidak boleh ditentukan dengan sewenang-wenangnya.

Anda perlulah meneliti beberapa aspek sebelum meletakkan harga, jika tidak berkemungkinan besar rumah yang anda pasarkan tidak terjual dalam tempoh yang lama.

Bukan itu sahaja, anda juga perlu mengenali rumah anda sendiri dari segi lokasinya, struktur, reka bentuk, saiz lot dan pelbagai lagi aspek berkenaan rumah anda.

Hal ini kerana anda perlulah mengenali rumah anda terlebih dahulu agar lebih mudah untuk anda menjawab segala persoalan pembeli mengenai rumah anda.

Barulah pembeli akan yakin untuk membeli rumah tersebut dengan anda.

Prosedur Jualan Rumah yang Perlu Anda Tahu

Terdapat beberapa prosedur yang perlu anda lalui sebelum dah ketika proses penjualan rumah berlangsung.

1/ Tandatangan Surat Tawaran (surat tunjuk minat)

Jika terdapat pembeli yang berminat dengan rumah tersebut, pembeli perlu menandatangani surat tawaran seperti surat tunjuk minat.

Biasanya mereka akan membayar 3% dari harga jualan untuk menandakan bahawa mereka bersetuju untuk membeli rumah tersebut.

Tapi sebenarnya, adalah lebih baik jika bayaran ini dibuat kepada peguam atau ejen hartanah yang berpengalaman.

Berapa lama tempoh masa untuk pembeli menandatangani surat perjanjian jual beli?

Tempoh masa adalah kebiasaannya dalam 14 ke 21 hari bekerja.

Apakah akan terjadi dengan wang tanda jadi jika berlaku pembatalan?

Dalam syarat-syarat dan terma mengenai wang tanda jadi, mereka tidak akan mengembalikan wang tersebut jika pembeli membatalkan pembelian.

2/ Proses Permohonan Pinjaman & Surat Perjanjian

Pembeli memohon pinjaman perumahan dan akan tandatangan surat perjanjian jual beli rumah tersebut.

Selepas itu, pembeli akan menghantar surat permohonan pinjaman tersebut kepada bank.

Proses ini akan memakan masa dalam tempoh 14 hari berkerja untuk mengetahui keputusannya.

Jika dokumen tidak lengkap, proses ini akan mengambil masa yang lebih lama.

Setelah pinjaman diluluskan, anda dan si pembeli akan tandatangan surat perjanjian jual beli tersebut.

3/ Bantu Penilai Ke Rumah

Bank akan melantik seorang penilai untuk mengeluarkan laporan penilaian apabila perjanjian jual beli ditandatangani.

Penilai akan hadir untuk memeriksa rumah anda.

Mereka akan mengambil masa dalam setengah jam untuk membuat pemeriksaan.

Tapi jangan risau.

Penilaian rumah anda itu tidak akan berubah di peringkat ini.

4/ Tunggu Sehingga Pindah Milik Selesai

Masa yang diberikan untuk urusan pindah milik rumah tersebut kepada pembeli bergantung kepada kes tersebut.

Untuk hartanah freehold yang mempunyai geran perseorangan atau setara, selalunya boleh selesai dalam masa 90 hari bekerja dari tarikh perjanjian jual beli rumah tersebut.

Hartanah leasehold dengan geran perseorangan atau strata pula lebih lama pengurusannya.

Untuk pengurusan hartanah leasehold, pengurusan memakan masa dalam sebulan sehingga tiga bulan kerana peguam perlulah mendapatkan kebenaran dari pihak berkuasa negeri terlebih dahulu.

Peguam hanya boleh memulakan proses pindah milik apabilah kebenaran ini telah diperolehi.

Proses ini akan mengambil masa dalam 90 hari bekerja dari tarikh kebenaran diterima.

5/ Serahan kunci

Apabila proses pindah milik sudah selesai, penyerahan kunci kepada pembeli akan berlaku.

6/ Tempoh masa sebenar jual beli

Secara jujurnya, tidak ada tempoh yang tetap untuk urusan jual beli rumah kerana ia bergantung kepada rumah tersebut dan proses pengurusannya.

Berikut merupakan anggaran masa dari Tarikh pembelian rumah sehingga penyerahan kunci:

Hartanah freehold dengan adanya geran individu atau strata: 4 hingga 5 bulan.

Hartanah leasehold dengan adanya geran individu atau strata: 6 hingga 8 bulan.

Rumah master title: 5-7 bulan.

Rumah master title yang mempunyai geran perlu disempurnakan dalam tempoh setahun atau lebih dari tempoh tersebut

Khidmat Ejen Hartanah Berdaftar

Jika anda rasa kurang mahir tentang selok belok tentang penjualan rumah, adalah disarankan untuk elak jual rumah sendiri.

Untuk pengetahuan anda yang ingin jual rumah sendiri sememangnya banyak memakan masa dan tenaga anda.

Bukan itu sahaja anda perlu memerah otak untuk memikirkan segala aspek yang penting sebelum menjual rumah anda seperti penentuan harga.

Tapi sebenarnya, anda tidak perlu berfikir terlalu rumit jika anda menggunakan khidmat daripada egen yang berdaftar.

Ejen yang berdaftar akan membantu anda dalam proses jual beli rumah anda, bermulalah dari urusan menentukan harga sehingga proses yang seterusnya.

Dengan menggunakan khidmat ejen yang berdaftar ini akan memudahkan urusan anda untuk menjual rumah anda dengan cepat kerana mereka telah mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam bidang tersebut.

Sebenarnya terdapat banyak kelebihan yang akan anda dapatkan jika anda menggunakan khidmat ejen berdaftar untuk membantu anda.

Kelebihan Menggunakan Khidmat Ejen Berdaftar

1. Mengelakkan Risiko Penipuan

Untuk mengelakkan risiko penipuan berlaku, anda hendaklah merujuk kepada ejen hartanah yang berdaftar.

Hal ini kerana egen yang berdaftar telah berpangalaman dan mengetahui perkara asas dan yang penting berkaitan penjualan rumah.

Bukan itu sahaja, segala kerja dan prosedur yang dilaksanakan secara profesional adalah berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Dengan itu, perkara ini dapat membantu untuk mengelakkan berlakunya sebarang penipuan ketika urusan jual beli dilaksanakan.

2. Menjimatkan Masa

Untuk pengetahuan anda, urusan jualan rumah sangat memerlukan komitmen tenaga dan masa yang cukup untuk disetiap peringkat prosesnya.

Peringkat prosesnya adalah seperti aktiviti pengiklanan rumah dan tapisan kelayakan pembeli.

Semua urusan seperti viewing rumah oleh bakal pembeli atau urusan pinjaman bank dan lain-lain yang berkaitan.

Pembahagian masa antara urusan kerja, urusan keluarga dan urusan-urusan penjualan rumah adalah sangat sukar jika anda seorang yang tidak berpengalaman dan kurang berpengetahuan dalam pengurusan penjualan rumah.

Anda mungkin akan mendapatkan seseorang pembantu yang boleh memberi masanya terhadap urusan jualan rumah anda hingga berjaya terjual jika anda menggunakan ejen hartanah.

3. Fokus Pada Urusan Penjualan Rumah

Urusan jualan rumah sangat memerlukan komitmen tenaga dan masa disetiap peringkat seperti aktiviti pengiklanan,viewing rumah oleh bakal pembeli, tapisan kelayakan pembeli, urusan pinjaman bank dan lain-lain yang berkaitan dengan urusan jual beli rumah.

Segala urusan yang berkaitan dengan jualan rumah akan mempengaruhi masa-masa anda untuk menguruskan urusan-urusan yang lain seperti urusan kerja dan urusan keluarga.

Oleh itu, anda perlu mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang tinggi dalam menguruskan masa anda.

Menggunakan kepakaran seorang ejen hartanah akan memudahkan anda untuk membantu anda menguruskan urusan jual beli rumah kerana mereka hanya akan fokus terhadap urusan penjualan rumah tersebut.

4. Ilmu Pengetahuan, Pengalaman & Kemahiran

Untuk memastikan segala urusan jualan rumah berjalan dengan lancar anda memerlukan kepakaran dan kemahiran dari kalangan orang yang fokus sepenuh masa dalam bidang hartanah ini.

Teknik pengiklanan iaitu modal pengiklanan, pengalaman dalam menguruskan kes-kes jualan rumah dan aspek pengetahuan pasaran hartanah merupakan aspek-aspek yang perlu difokuskan.

Tahukah anda ejen hartanah mempunyai kemahiran yang luas mengenai pasaran hartanah di sebuah kawasan.

Harga-harga pasaran semasa atau siapakah pesaing-pesaing yang berada dalam kawasan perjiranan perumahan anda merupakan perkara asas yang diketahui oleh seorang ejen hartanah tentunya.

Daripada maklumat inilah mereka akan mengetahui bagaimana untuk menggunakan teknik pengiklanan iaitu teknik pemasaran yang terbaik bagi memastikan rumah anda dapat terjual dengan cepat dan mudah.

Mereka akan menggunakan palatform pengiklanan yang berkualiti tinggi seperti i-property dan property guru bagi memastikan pendedahan pengiklanan rumah anda lebih meluas dan jelas.

Semua ini memerlukan modal yang besar dan mereka sanggup untuk mengeluarkan modal bagi memastikan matlamat anda dapat dicapai dengan cepat.

Hal ini lebih memudahkan anda kerana anda tak perlu susah payah mengeluarkan modal iklan.

Pada masa yang sama, mereka mempunyai pengalaman menguruskan ratusan kes jualan rumah iaitu setiap kes mempunyai “jalan cerita” yang yang bermula daripada pengiklanan, pengurusan pembelian, pinjaman bank dan urusan pindah milik sesebuah hartanah.

Dengan itu, untuk memastikan segala urusan yang berkaitan dengan jual beli rumah menjadi lebih teratur dan tersusun kita perlulah menekankan kepentingan faktor ilmu pengetahuan dan kemahiran.

JomBeliRumah.My merupakan Ejen Hartanah Berdaftar, boleh hubungi kami jika ingin mendapatkan penilaian rumah atau hartanah anda.

Jika anda mencari Ejen Hartanah Selangor Kuala Lumpur atau Negeri Sembilan…

Boleh terus wasap kami:

https://hisyamariffin.wasap.my/

https://hisyamariffin.wasap.my/

The post Cara Jual Rumah Sendiri Vs Menggunakan Ejen Hartanah appeared first on Ejen Hartanah Selangor | Negeri Sembilan | Kuala Lumpur.

Proses Jual Rumah Di Malaysia – 13 Perkara Anda Perlu Tahu
Ramai penjual tidak tahu proses jual rumah yang betul dan akhirnya rumah tidak berpenghuni dalam tempoh yang sangat lama.

Lebih-lebih lagi, pada musim pandemik Covid19 ini, ramai yang beranggapan bahawa tiada orang ingin beli rumah.

Sebenarnya anda salah!

Mengikut sumber data dari laman sesawang mudah.my, iproperty dan home trovit, hampir setiap hari, trafik di laman sesawang jual beli rumah sentiasa mempunyai pembaca, bermaksud bakal pembeli masih tercari-cari rumah yang sesuai untuk mereka.

Malangnya tak ramai yang tahu proses jual rumah di Malaysia yang sebenarnya perlu diikuti.

Adapun kita hanya mengetahui langkahnya, namun perasaan kurang pasti itu masih ada bukan?

Jom lihat antara perkara anda perlu tahu dari mula sehingga selesai rumah dijual.

1. Ketahui Maklumat Rumah Yang Ingin Dijual

Sebagai penjual, anda sendiri perlu fahami jenis, konsep dan beberapa maklumat tentang aset anda ini.

Pastikan anda jelas dengan maklumat rumah tersebut supaya maklumat yang diberikan nanti adalah tepat dan tidak mendatangkan kesilapan bagi proses jual beli rumah dilakukan.

Perkara Berkaitan Rumah Perlu Anda Ketahui.

Status Pemilikan

Status Hak Milik: Lot Bumiputera Atau Bukan Bumiputera. Lot Bumiputera juga digelar sebagai Bumi Lot dimana jualan dan pajakan terbuka hanya kepada kaum bumiputera sahaja seperti orang Melayu, Sabah, Sarawak juga warganegara Muslim yang bukan Melayu.

Lot Bukan Bumiputera pula adalah jenis hartanah yang terbuka jualan dan pajakannya untuk semua kaum.

Pasarannya juga adalah lebih meluas.

Status Freehold Atau Leasehold

Setiap status berikut mempunyai prosedur dan risiko yang tersendiri walaupun rumah telah dijual atau dibeli kelak.

Jom lihat apakah yang dimaksudkan freehold dan leasehold.

Free Hold bermaksud pegangan bebas (tiada sekatan) dimana ia dianggap sebagai hakmilik tanah yang berkekalan selamanya.

Namun, tanah jenis ini masih boleh dituntut oleh pihak kerajaan sekiranya melibatkan tujuan pembinaan milik kerajaan seperti prasarana dan jalan raya.

Cuma, ia menjadi pilihan ramai kerana nilainya agak tinggi untuk diperoleh.

Status Pinjaman Perumahan

Penting untuk anda semak pinjaman perumahan bagi rumah tersebut, sama ada terdapat pinjaman yang mempunyai penalti bagi lock-in period dan sebagainya.

Sekiranya tiada masalah, proses jual rumah akan jadi lebih mudah.

Maksud lock-in period adalah situasi dimana terdapat tempoh peminjam tidak dibenarkan untuk menjual rumah mereka.

Secara umumnya, sekiranya melanggar peraturan, mereka dikenakan penalti sekitar 2% sehingga 5%.

Status Geran

Kenali jenis geran bagi rumah yang anda ingin jual.

Adakah ia geran individu, strata ataupun induk?

Jika geran tersebut berada di atas nama pemaju, geran induk atau master title, anda perlu lakukan urusan pertukaran nama.

Mungkin juga akan dikenakan bayaran dari peguam anda.

2. Sediakan Dokumen Hartanah Untuk Dijual

Dokumen hartanah ini diperlukan untuk proses jualan hartanah sebagai bukti dan rujukan untuk pembeli.

Sekiranya tiada, mungkin akan mengalami masalah dari segi tidak cukup maklumat buat pembeli dan tidak dapat teruskan ke bahagian jual beli rumah.

Senarai Dokumen Diperlukan

Perjanjian jual beli

Perjanjian Pembiayaan dengan Bank

Salinan geran (sama ada geran individu, strata mahupun geran induk)

Salinan cukai pintu terkini

Salinan cukai tanah terkini

Salinan IC kesemua pemilik rumah

Power of Attorney *sekiranya ada

3. Lantik Ejen Hartanah

Melantik ejen hartanah adalah proses yang paling selamat dan menjimatkan masa buat anda.

Ejen hartanah mempunyai tugasan penting dalam menyelamatkan anda daripada terbuat salah sepanjang prosedur jual rumah dilakukan.

Mereka akan menguruskan proses jualan rumah dan memberi kefahaman berkaitan proses jual rumah di Malaysia serta menerangkan akan kos yang terlibat dalam proses ini kepada anda.

Menarik sekali, mereka juga akan mendapatkan pembeli buat anda dan menguruskan segalanya sehingga selesai.

Ciri Ejen Hartanah Terbaik

Bagi mencari ejen hartanah terbaik dan bersesuaian dengan anda, terdapat beberapa ciri yang boleh anda lihat.

Kebanyakan ejen hertanah yang mempunyai ciri dibawah pastinya mereka yang telah berpengalaman lebih 6 tahun dalam bidang ini.

Berdaftar dengan Lembaga Penilaian dan Pentaksiran Ejen Hartanah (LPPEH)

Lokasi berdekatan dengan kawasan rumah yang ingin anda jual

Mempunyai pengalaman menguruskan jenis rumah tersebut sebelumnya

Mahir menyemak harga pasaran dengan baik dan pantas

Mudah memberi penerangan lengkap dari mula sehingga rumah dijual

Memberi khidmat nasihat hartanah

Melantik peguam dan menguruskan pinjaman

Memiliki kumpulan yang hebat

Hebat dalam pengiklanan dan pasaran rumah

Bayaran Ejen Hartanah

Sekiranya ejen hartanah dapat membantu anda dalam segala perkara, sangat berbaloi untuk membiayai perkhidmatan mereka dengan jumlah yang telah ditetapkan.

Bayarannya adalah 3% dan SST 6%, tepatnya adalah 3.18%.

4. Semak Harga Pasaran Dan Tetapkan Harga

Kenalpasti Kos Jual Rumah

Sebelum ketahui harga pasaran, anda perlu senaraikan beberapa kos kewangan terlebih dahulu.

Antaranya ialah kos ejen hartanah, kos guaman dan lain-lain lagi yang melibatkan proses jual beli rumah.

Semakan Harga Pasaran Rumah

Anda boleh buat semakan harga pasaran rumah terkini mengikut kawasan yang anda mahukan.

Dimana nak semak?

Boleh sahaja menghubungi perkhidmatan juru nilai profesional atau agent boleh semakkan untuk anda!

Baca: Panduan Penilaian Harga Semasa Rumah

5. Lantik Ejen Secara Formal

Proses jual rumah di Malaysia tidak sukar sekiranya ejen hartanah tersebut membantu dari segi pengiklanan sehinggalah proses yang berkaitan.

Penting lantik ejen secara formal supaya mereka dapat melaksanakan tanggungjawab jual beli rumah ini sebaiknya.

Terdapat banyak perkhidmatan dan platform yang membolehkan anda mencari ejen hartanah.

Gunakan ruang dan peluang yang ada untuk dapatkan ejen hartanah sebaiknya.

6. Pengiklanan Online / Offline

Pengiklanan adalah proses jual beli rumah di Malaysia yang 100% kita serahkan kepada ejen hartanah.

Terpulang kepada mereka untuk menjalankan jenis pengiklanan secara online ataupun offline.

Selalunya mereka akan lakukan pemasaran secara bersungguh-sungguh dan akan mengeluarkan wang sendiri untuk bahan pemasaran.

Antara jenis pengiklanan yang mereka lakukan adalah dari platform media sosial, whatsapp, laman sesawang, flyers, bunting dan banyak lagi.

7. Proses ‘Viewing’ Rumah

Proses melawat rumah akan dilakukan oleh bakal pembeli rumah, jadi pastikan anda sudah sediakan rumah dalam keadaan baik, bersih dan kemas.

Proses ini akan menentukan sama ada pelanggan jadi beli atau tidak.

Pastikan tidak ada kerosakan pada rumah, jika ada baiki segera.

Anda tidak perlu hadir ke rumah pada waktu ini kerana ejen hartanah yang akan kendalikan bakal pembeli dan menunjukkan mereka rumah tersebut.

Untung sungguh ada ejen hartanah ni, proses jual rumah di Malaysia menjadi lebih mudah!

8. Proses Bayaran Booking Rumah

Hampir sampai kemuncak apabila pelanggan sudah berminat dengan rumah tersebut.

Mereka boleh terus membayar yuran booking rumah kepada ejen hartanah dimana 3.18% dari harga jualan hartanah yang akan diserahkan kepada ejen tersebut.

Proses jual rumah di Malaysia ini memerlukan booking fee yang dikategorikan sebagai hold atau transit booking fee dimana ia perlu dimasukkan ke dalam client account agensi hartanah tersebut.

Sebab itulah sangat penting memilih ejen hartanah berdaftar supaya duit muka tersebut selamat dan tidak hilang.

9. Proses Permohonan Pinjaman Rumah

Proses jual rumah di Malaysia ini amat mudah jika adanya ejen hartanah yang membantu menyelesaikan urusan pinjaman bank.

Pembeli akan memberi dokumen yang diperlukan untuk urusan pinjaman seperti salinan kad pengenalan, penyata bank, epf statement dan banyak lagi.

Dalam masa 14 hingga 21 hari, status pinjaman bank akan dikeluarkan sama ada pinjaman diluluskan atau tidak.

Sekiranya diluluskan, ejen akan membantu menyerahkan dokumen kepada peguam untuk urusan perjanjian jual beli pula.

Proses melantik peguam juga akan dilakukan pada masa ini.

Apa yang akan berlaku jika pinjaman perumahan anda gagal?

Wang berjumlah 3.18% dari harga rumah tadi akan dikembalikan semuanya kepada anda.

10. Lantik Peguam Dan Ketahui Kos

Peguam akan dilantik untuk meneruskan proses perjanjian jual beli.

Ia melibatkan dokumentasi yang sangat penting untuk anda fahami.

Pembeli dan penjual, masing-masing perlu membayar kos yang diperlukan dalam proses ini untuk peguam.

Bagi pembelian bayaran baki 6.82% perlu dilakukan melalui peguam bagi menyelesaikan caj perkhidmatan peguam.

Sekiranya ingin membuat pengeluaran EPF, pastikan pihak penjual mengetahuinya kerana pembayaran mungkin akan mengambil masa selama 2 minggu untuk masuk.

11. Tandatangan Perjanjian Jual Beli

(Sales & Purchase Agreement) –  ATP adalah tanda setuju pembeli membeli rumah tersebut dengan harga yang telah ditawarkan.

Ejen hartanah akan membantu memastikan ATP ditandatangani oleh penjual setelah mencapai kesepakatan dalam syarat dan terma penjual dan pembeli.

Sales Purchase Agreement atau perjanjian jual beli adalah sebuah kotrak sah di sisi undang-undang dalam menyatakan butiran jualan yang dilakukan bagi kedua-dua pihak yang terlibat.

12. Segala Bayaran Diselesaikan

Bayaran untuk ejen hartanah diselesaikan pada proses jual rumah ini.

Seterusnya adalah proses 1st release iaitu pembeli akan membuat bayaran bagi pinjaman rumah bagi setiap bulan, dan penjual tidak perlu bayar lagi.

Kemudian, proses jual rumah di Malaysia yang terakhir adalah Final Disburse.

Sekiranya baki hasil jualan juga sudah dilakukan, penukaran nama rumah selesai, barulah pembeli akan menerima kunci rumah.

Selalunya tempoh dari tandatangan SNP sehingga proses akhir ini memakan masa selama 90 hingga 120 hari.

13. Bayar Cukai

Walaupun proses jual rumah di Malaysia dari mula sehingga selesai telah dijalankan sebaiknya, masih ada perkara yang kurang.

Iaitu cukai!

Sebagai penjual, jika anda mempunyai untung dari proses jual beli ini, penitng untuk anda bayar cukai.

Jika tidak untung, tidak perlu bayar cukai!

14. Tempoh Penerimaan Wang Jual Rumah

Tempoh untuk menerima duit dari hasil jualan rumah mempunyai masa yang berbeza mengikut situasi. Ia bergantung kepada proses jual rumah yang telah diselesaikan dan perjanjian jual beli yang telah ditandatangani.

Freehold: 3 – 4 bulan

Leasehold: 6 bulan. (3-4 bulan)

Geran Induk/ Master Title: 1-2 tahun

Keperluan Ejen Hartanah Dalam Proses Jual Beli Rumah

Ejen Hartanah membantu menyelesaikan masalah dari mula sehinggalah selesai rumah dijual.

Pendek kata, kebanyakan proses bukanlah penjual lakukan, tapi ejen hartanah yang akan memastikan ia selesai dan disiapkan.

Berikut adalah perkara yang dilakukan oleh ejen hartanah dalam proses jual rumah di Malaysia.

Ejen akan memberi borang untuk mengisi maklumat rumah yang ingin dijual

Ejen akan semak harga pasaran rumah untuk dijual

Sekiranya pembeli bersetuju, pengiklanan akan dilakukan

Borang melantik ejen hartanah dikeluarkan

Pengiklanan bermula sehingga proses pembelian selesai

3.18% Duit booking perlu dibayar pada agensi hartanah

Menerima dokumen dari pembeli seperti IC, EPF, bank statement, EA Form dan banyak lagi.

Kelulusan pinjaman (14 hari – 21 hari bekerja)

Jika tak lulus, duit 3.18% akan dipulangkan semuanya

Jika lulus, proceed untuk lantik peguam

Pembeli dan penjual membiayai kos masing-masing

Proses Tandatangan Sales & Purchase Agreement

Proses serahan kunci rumah

Jangan risau sekiranya terdapat perkara yang melibatkan dokumen kerana peguam dan ejen akan membantu anda menyediakannya. Yang penting, pastikan ia lengkap dan merupakan dokumen yang diminta.

JomBeliRumah.My merupakan Ejen Hartanah Berdaftar, boleh hubungi kami jika ingin mendapatkan penilaian rumah atau hartanah anda.

Jika anda mencari Ejen Hartanah Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur…

Boleh terus wasap kami:

https://hisyamariffin.wasap.my/

https://hisyamariffin.wasap.my/

The post Proses Jual Rumah Di Malaysia – 13 Perkara Anda Perlu Tahu appeared first on Ejen Hartanah Selangor | Negeri Sembilan | Kuala Lumpur.

Panduan Dan Kepentingan Penilaian Harga Semasa Rumah
Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Penilaian Harga Semasa Rumah?

Jika dilihat kini, ramai individu yang mempunyai dan memiliki hartanah dan rumah sendiri tapi kurang arif dengan penilaian semasa rumah.

Sedangkan penilaian ini sendiri sangat penting dan tidak boleh diabaikan, lebih-lebih pula jika anda berhajat untuk menjual hartanah anda.

Bagaimana anda hendak menjual rumah anda jika tidak tahu nilainya?

Ataupun bagaimana anda ingin membeli rumah tanpa tahu penilaian rumah kini?

Di sinilah kepentingan yang anda boleh lihat sendiri, betapa perlunya kita mempunyai pengetahuan dalam penilaian harga semasa rumah.

Mengapa perlu tahu?

Sudah tentu dengan mempunyai pengetahuan mengenai penilaian harga semasa rumah anda dapat mengelakkan diri anda daripada terpedaya dengan sindiket penipuan.

Lebih-lebih pula sehingga boleh menyebabkan anda mengalami kerugian.

Nilai hartanah bukanlah satu nilai yang kecil, jika anda tidak mempunyai pengetahuan cukup anda mungkin berisiko untuk menghadapi kerugian sehingga puluhan ribu.

Bukan itu sahaja, mungkin kerugian tersebut boleh mencecah ratusan ribu ringgit.

Jangan risau, anda masih boleh mengelakkan semua risiko yang bakal berlaku.

Di artikel ini kami akan bantu anda memahami konsep dan maklumat berkenaan penilaian semasa harga rumah.

Definisi nilai harga pasaran rumah

Selalu sahaja kita dengar orang ramai menyebut mengenai harga pasaran rumah.

Tapi berapa ramai orang agaknya yang tahu dan memahami mengenai harga pasaran rumah?

Sudah tentu bukan semua orang tahu mengenai hal tersebut, padahal pengetahuan mengenai harga pasaran rumah sangatlah penting.

Untuk pengetahuan anda, nilai harga pasaran rumah adalah sama dan juga dikenali sebagai nilai pasaran hartanah.

Walaupun ia Nampak mudah tapi juga terdapat golongan yang menganggap harga pasaran rumah dan hartanah adalah berbeza.

Tanggapan tersebut adalah salah sama sekali.

Jadi bagaimana nilai harga pasaran hartanah tersebut ditentukan? Adakah kita boleh meletakkan harga sesuka hati?

Sudah tentu tidak, nilai harga pasaran hartanah ini perlulah ditentukan oleh orang yang berkemahiran dan berpengetahuan dalam bidang penilaian harga hartanah.

Biasanya nilai sesuatu hartanah dikeluarkan oleh jurunilai rumah atau juga dikenali sebagai valuer.

Di mana jurunilai rumah ini adalah orang yang telah terlatih untuk menilai harga pasaran rumah anda.

Dengan itu anda akan dapat mengetahui nilai maksimum yang membolehkan pinjaman perumahan dilakukan.

Apa itu penilaian harga rumah?

Jika anda berhajat untuk menjual rumah anda, penilaian harga rumah adalah antara perkara utama yang perlu anda dahulukan.

Mengapa? Sudah pasti menjadi kesukaran untuk menjual sebuah rumah tanpa mengetahui nilai dan penilaian harga rumah semasa.

Tahukah anda, penilaian harga rumah adalah antara elemen penting dalam proses jual beli hartanah yang memudahkan anda dalam proses tersebut.

Jadi kalau tidak mahu jual rumah, adakah anda perlu mengambil tahu mengenai penilaian harga rumah semasa?

Sudah tentu perlu, siapa kata penilaian rumah ini penting hanya ketika jual beli rumah.

Penilaian rumah juga penting seperti dalam urusan pengurusan harta pusaka dan sebagainya.

Penilaian harga rumah tidak akan sama setiap tahun, di mana harga hartanah pasti akan meningkat setiap tahun.

Oleh itu sangat penting untuk anda mengetahui mengenai penilaian rumah semasa mengikut ketetapan masa kini.

Penilaian harga rumah semasa boleh ditentukan oleh para penilai yang bertauliah dan telah berdaftar di agensi yang sah.

Baca: Proses Jual Rumah Dari Awal Sehingga Selesai

Kelebihan menilai harga pasaran rumah

Mengambil tahu mengenai penilaian hartanah tidak akan menjadikan usaha anda sia-sia.

Ini kerana ilmu mengenai penilaian hartanah adalah penting dan berguna dan akan menjadi lebih penting pada masa hadapan.

Mengapa ianya penting? Kerana harga hartanah akan meningkat seiring dengan masa yang berlalu ke hadapan.

Tahukah anda terdapat banyak kelebihan yang boleh anda peroleh jika anda mengetahui mengenai penilaian harga pasaran rumah.

Berikut kami kongsikan kepada anda antara kelebihan menilai harga pasaran rumah semasa.

· Anda dapat mengetahui nilai sebenar rumah anda.

· Anda dapat memaksimumkan keuntungan.

· dapat mengelakkan risiko kerugian.

· Memberi kemudahan kepada anda dalam urusan jual beli rumah.

· Dapat mengikuti penilaian rumah atau hartanah semasa dan terkini.

· Mempercepatkan proses penjualan rumah.

· Memudahkan proses pembahagian harta pusaka dengan adil.

Sebenarnya banyak lagi kelebihan yang anda boleh perolehi jika anda membuat penilaian harga pasaran rumah anda.

Lebih mudah jika anda menggunakan khidmat penilai harga pasaran rumah atau valuer, segala urusan penilaian akan dibuat dengan mudah untuk anda.

Proses penilaian harga semasa rumah

Sebenarnya tiada cara yang dapat menentukan harga hartanah dengan sangat tepat, walau bagaimanapun terdapat beberapa cara yang biasa digunakan untuk penilaian harga semasa rumah.

Berikut adalah antara beberapa cara yang digunakan untuk penilaian harga semasa rumah :

1. Harga bandingan

Dalam kaedah ini penilaian harga semasa rumah dibuat melalui perbandingan dengan penilaian harga semasa rumah yang serupa di pasaran terbuka.

Walaupun begitu, harga semasa rumah yang di jual tidak akan melebihi jumlah maksimum yang akan dibayar oleh pembeli untuk harga semasa rumah yang serupa.

2. Kaedah keuntungan

Bagi kaedah keuntungan, harga semasa rumah dinilai berdasarkan harga diskaun atau pengurangan harga yang mungkin terhasil daripada keuntungan pada masa depan.

Untuk pengetahuan anda, anggaran jumlah aliran tunai pada masa akan datang dikira dan kemudiannya ditolak dengan menggunakan kadar khas yang sama dengan pulangan pelaburan yang akan diterima dari pada harga rumah semasa yang serupa.

3. Kaedah nilai baki

Seterusnya adalah kaedah nilai baki, di mana kaedah ini di gunakan untuk mengetahui berapa banyak wang yang boleh dijana oleh hartanah sekiranya dibangunkan semula.

Nilai baki rumah semasa tersebut adalah jumlah setelah siap pembangunan semula atau selepas menolak semua kos bagi pemulihan hartanah tersebut.

Anda tidak perlu risau, kaedah berikut sebenarnya tidaklah terlalu sukar seperti yang anda jangkakan.

Jika anda melakukan penyelidikan dengan bersungguh-sungguh serta bekerjasama dengan pihak profesional yang tepat untuk membantu dalam penilaian semasa rumah anda,

Segala urusan jual beli serta penilaian akan menjadi lebih mudah untuk anda.

Faktor-faktor yang mempengaruhi nilai semasa rumah

Tahukah anda nilai semasa rumah sebenarnya bergantung kepada beberapa faktor yang berbeza.

Walaupun faktor-faktor tersebut kelihatan remeh namun dapat memberi impak yang besar terhadap nilai semasa sesuatu rumah tersebut.

Dua jenis rumah dan hartanah yang sama ataupun serupa tidak semestinya mempunyai nilai yang sama.

Terdapat beberapa faktor tertentu yang akan memberi perbezaan kepada nilai kedua-dua hartanah yang sama.

Tidak hairan lah jika sebuah rumah yang bersaiz kurang daripada sebuah rumah yang lain tapi mempunyai nilai yang lebih tinggi.

Perkara ini berlaku disebabkan faktor-faktor yang mempengaruhi hartanah tersebut.

Berikut adalah antara faktor-faktor yang mempengaruhi dan membezakan nilai semasa rumah.

1. Trend Ekonomi Am

Pembelian rumah akan cenderung meningkat apabila berlakunya ledakan ekonomi.

Untuk pengetahuan anda, apabila berlakunya ledakan ekonomi maka akan berlaku peningkatan dalam pekerjaan, jumlah gaji serta pasaran buruh.

Pada masa ini lah, orang ramai akan sanggup membelanjakan wang ringgit untuk membeli hartanah.

Disebabkan hal ini, harga hartanah akan meningkat serta merta.

2. Lokasi Hartanah

Perkara ini mungkin kelihatan remeh pada segelintir masyarakat, tapi sebenarnya lokasi adalah antara perkara yang akan memberi impak yang besar terhadap nilai suatu hartanah.

Apa tidaknya, bayangkan anda seorang pembeli yang sedang menilai hartanah, apa jenis hartanah yang anda idamkan?

Sudah pasti yang dilengkapi dengan kemudahan di mana lokasinya berdekatan dengan pelbagai kemudahan.

Boleh dikatakan, lokasi yang strategik.

Dekat dengan pasaraya, pusat membeli-belah, tempat kerja dan tempat perkhidmatan bas.

Semua ini akan menarik minat anda sebagai pembeli bukan?

Begitulah juga kepada pembeli yang lain.

Ramai pembeli akan berebut-rebut untuk membeli hartanah yang berada di lokasi yang strategik menyebabkan nilai hartanah tersebut semakin meningkat.

Hal ini berbeza jika suatu hartanah tersebut berada di kawasan pedalaman di mana tidak ada sebarang kemudahan.

Walaupun hartanah tersebut unik atau bersaiz besar dan mewah tapi nilai hartanah tersebut pasti tidak setinggi dengan hartanah yang berada lokasi strategik.

Dengan itu akan kurang pembeli kepada hartanah yang berada di kawasan pedalaman dan menyebabkan nilai hartanah tersebut berkurang.

3. Kualiti pembinaan

Kualiti pembinaan adalah antara elemen yang juga sangat penting dalam menentukan nilai sesebuah hartanah iaitu harga semasa rumah.

Bagaimana kualiti pembinaan ini mempengaruhi nilai semasa rumah?

Nilai semasa rumah akan di nilai mengikut kualiti binaan seperti bahan yang digunakan, sama ada tahan lama atau pun tidak.

Semakin tahan lama bahan tersebut dan mempunyai kualiti yang tinggi maka nilai semasa rumah tersebut juga akan tinggi.

Pernahkah anda mendengar mengenai rumah-rumah yang pernah di bina beberapa dekat yang lalu tapi masih mampu mengekalkan nilainya di pasaran dengan nilai yang masih tinggi.

Bagaimana perkara tersebut berlaku?

Ini kerana bahan binaan yang di gunakan adalah jenis bahan binaan yang berkualiti dan tahan lama.

Bukan itu sahaja, kemahiran kerja serta reka bentuk struktur binaan tersebut juga akan mempengaruhi nilai semasa rumah.

4. Penyelenggaraan dan Pengubahsuaian

Faktor penyelenggaraan dan pengubahsuaian adalah bergantung dengan usia dan kualiti rumah tersebut.

Tahukah anda, apabila usia hartanah meningkat ia akan mudah dibelenggu dengan pelbagai masalah kerosakan yang perlu di selenggara.

Penyelenggaraan akan mengesan apa-apa jenis kerosakan yang terdapat pada rumah tersebut dan akan diubahsuai.

Penyelenggaraan serta pengubahsuaian yang baik akan meningkatkan lagi nilai semasa rumah anda.

Bukan itu sahaja, walaupun hartanah anda telah berusia tapi di selenggara dengan baik akan menyebabkan anda dapat mengekalkan nilai hartanah tersebut walaupun telah berusia.

Berbeza dengan hartanah yang telah lama di biarkan dan tidak di selenggara.

Keadaan ini akan menyebabkan nilai rumah semasa tersebut akan menurun.

Apa yang lebih dirisaukan adalah tahap penurunan nilai rumah tersebut mungkin akan menurun dalam jumlah yang besar.

Oleh itu, penyelenggaraan dan pengubahsuaian yang kerap terhadap hartanah adalah penting bagi mengekalkan nilainya.

Rumusan

Jika anda menyelidik dan mengkaji mengenai penilaian hartanah ini secara lebih teliti, anda pasti akan mendapati bahawa penilaian harga semasa rumah tidaklah terlalu sukar.

Ini hanyalah sebahagian daripada maklumat mengenai penilaian semasa rumah yang boleh membantu memberi gambaran serta kefahaman kepada anda mengenai penilaian harga semasa rumah.

Untuk maklumat yang lebih lanjut anda boleh meminta nasihat kepada perunding hartanah atau valuer mengenai penilaian harga semasa rumah.

Jika artikel ini membawa manfaat kepada anda, anda boleh kongsikan kepada laman sosial anda.

JomBeliRumah.My merupakan Ejen Hartanah Berdaftar, boleh hubungi kami jika ingin mendapatkan penilaian rumah atau hartanah anda.

Jika anda mencari Ejen Hartanah Kuala Lumpur, Selangor atau Negeri Sembilan…

Boleh terus wasap kami:

https://hisyamariffin.wasap.my/

https://hisyamariffin.wasap.my/

The post Panduan Dan Kepentingan Penilaian Harga Semasa Rumah appeared first on Ejen Hartanah Selangor | Negeri Sembilan | Kuala Lumpur.