BINA KERJAYA SEBAGAI PERUNDING HARTANAH BERSAMA LEGACY
BAGAIMANA ANDA INGIN MENJADI SEORANG PERUNDING HARTANAH ?
Perunding Hartanah adalah satu kerjaya profesional di Malaysia. Masih ramai yang tidak tahu sebenarnya bagi memulakan kerjaya ini sangat mudah. Syarat utama anda ingin menjadi perunding hartanah ialah anda mestilah berumur 18 tahun ke atas dan sekurang-kurangnya perlu ada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Mudah kan ?
APA ITU PERUNDING HARTANAH / REAL ESTATE NEGOTIATOR (REN) ?
- Berdaftar & Sah: REN ialah perunding yang berdaftar secara rasmi di bawah Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPEPH).
- Bertauliah: Bergerak di bawah firma ejen hartanah berlesen untuk menguruskan pemasaran, rundingan, serta proses jual, beli, atau sewa hartanah anda dari A sampai Z.
- Ada Tag Khas: Setiap REN yang sah wajib ada Nombor Pendaftaran REN dan Tag REN rasmi LPPEH. Tag ini bukti mereka buat kerja ikut undang-undang Malaysia!
PERANAN SEORANG PERUNDING HARTANAH/REAL ESTATE NEGOTIATOR (REN) YANG BERDAFTAR
Pemasaran Digital: Memasarkan hartanah anda secara meluas menerusi portal hartanah, media sosial, dan platform digital terkini untuk tarik pembeli berpotensi.
Penasihat Pembeli & Pemilik: Membantu pemilik mencari penyewa/pembeli, serta membantu pembeli menjumpai rumah impian mengikut bajet dan keperluan sebenar.
Pengurus Prospek & ‘Viewing’: Menguruskan segala pertanyaan prospek dan menyusun sesi lawatan (viewing) ke hartanah tanpa mengganggu masa anda.
Perunding Harga Utama: Menjadi jurucakap dan orang tengah yang profesional semasa rundingan harga antara pembeli dan penjual demi mencapai kesepakatan terbaik.
Pembimbing Urusan Bank & Perundangan: Menerangkan selok-belok proses jual beli, permohonan pinjaman bank, serta dokumentasi asas supaya anda tidak terpinggir.
Penghubung Seluruh Urusan: Berurusan secara terus dengan pihak peguam, pegawai bank, dan penilai (valuer) sehingga kunci bertukar tangan.
Rakan Konsultasi Jangka Panjang: Membina hubungan berterusan menerusi khidmat nasihat hartanah yang telus dan boleh dipercayai.
APA BEZANYA REN, PEA, DAN REA (EJEN HARTANAH)?🧐🏠
PERUNDING HARTANAH / REAL ESTATE NEGOTIATOR (REN)
REN (Real Estate Negotiator) ialah individu yang berdaftar dengan LPEPH dan menjalankan kerjaya di bawah firma ejen hartanah yang berlesen.
Sebagai REN, anda berperanan membantu pelanggan dalam urusan hartanah seperti mencari pembeli atau penyewa, memasarkan hartanah, mengurus rundingan serta membantu melancarkan proses jual beli dan penyewaan.
Menariknya, anda boleh membina kerjaya dalam bidang hartanah tanpa perlu membuka firma ejen hartanah sendiri. Anda akan bekerja di bawah firma berlesen dengan sokongan, bimbingan dan sistem yang disediakan
PROBATIONARY ESTATE AGENT (PEA)
PEA (Probationary Estate Agent) ialah individu yang telah lulus peperiksaan profesional dan sedang menjalani latihan praktikal sebagai sebahagian daripada proses untuk menjadi Ejen Hartanah Berdaftar.
PEA berada di peringkat akhir perjalanan sebelum memperoleh kelayakan dan lesen penuh sebagai Registered Estate Agent.
Ini adalah langkah penting bagi mereka yang mahu membina kerjaya secara lebih profesional dalam industri hartanah dan seterusnya melangkah ke tahap Ejen Hartanah Berdaftar (REA).
Daripada REN → PEA → REA — bina kerjaya hartanah anda selangkah demi selangkah.
EJEN HARTANAH BERDAFTAR (REGISTERED ESTATE AGENT)
Ejen Hartanah Berdaftar (REA) ialah individu yang telah memenuhi semua syarat profesional dan kelayakan yang ditetapkan oleh LPEPH serta memperoleh lesen untuk membuka dan mengendalikan firma ejen hartanah sendiri.
Sebagai REA, anda bukan sahaja mengurus urusan jual beli dan penyewaan hartanah, malah turut mengurus operasi firma, membina pasukan serta menyelia REN yang bernaung di bawah firma.
Ini merupakan antara peringkat tertinggi dalam kerjaya profesional bidang hartanah — daripada seorang REN, berkembang menjadi PEA dan seterusnya mencapai impian sebagai Ejen Hartanah Berdaftar (REA).
Bina kerjaya. Bina team firma anda sendiri.
SIAPA YANG LAYAK ATAU SESUAI MENJADI PERUNDING HARTANAH / REAL ESTATE NEGOTIATOR ?
LEPASAN GRADUAN / FRESH GRADUATE
Baru tamat belajar dan sedang mencari kerjaya yang mempunyai potensi pendapatan serta peluang untuk berkembang.
MEREKA YANG INGIN MENAMBAH PENDAPATAN
Sesuai untuk individu yang mahu membina sumber pendapatan tambahan melalui bidang hartanah.
KAKITANGAN SWASTA
Mahu jana pendapatan tambahan atau mula membina kerjaya kedua di luar pekerjaan sekarang.
INDIVIDU YANG INGIN MENUKAR KERJAYA
Mahu keluar daripada bidang pekerjaan sekarang dan mencuba industri baharu.
SURI RUMAH
Mahu menjana pendapatan dengan masa kerja yang lebih fleksibel.
INDIVIDU YANG MAHU BINA KERJAYA & BISNES SENDIRI
Ada cita-cita untuk membina networking, personal branding, pasukan dan berkembang dalam industri hartanah.
Tak Pernah Ada Pengalaman Hartanah? Tak Mengapa.
Ramai REN yang berjaya hari ini bermula dari kosong — tanpa pengalaman, tanpa networking yang besar dan tanpa pengetahuan mendalam tentang industri hartanah.Apa yang membezakan mereka ialah kemahuan untuk belajar, kesediaan menerima bimbingan dan keberanian untuk mula bertindak.
Dengan latihan yang sistematik, bimbingan daripada mentor berpengalaman serta usaha yang konsisten, anda boleh membina kemahiran dan keyakinan untuk berkembang dalam bidang hartanah. Anda mungkin belum mempunyai pengalaman hari ini, tetapi itu bukan penghalang untuk anda berjaya pada masa akan datang.
Jangan tunggu sampai rasa sudah bersedia. Mulakan dahulu, belajar sepanjang perjalanan dan bina kejayaan anda sebagai REN.
Mungkin anda ialah REN yang seterusnya. 🚀
BERAPAKAH PENDAPATAN SEORANG REAL ESTATE NEGOTIATOR (REN)
Bagaimana REN Menjana Pendapatan?
Antara perkara yang menarik tentang kerjaya sebagai Real Estate Negotiator (REN) ialah peluang untuk menjana pendapatan melalui komisen daripada transaksi hartanah yang berjaya diselesaikan.
Berbeza dengan pekerjaan yang mempunyai gaji tetap, pendapatan REN bergantung kepada prestasi, jumlah transaksi dan nilai hartanah yang berjaya diuruskan.
Antara faktor yang mempengaruhi jumlah komisen REN ialah:
- 🏠 Nilai hartanah yang berjaya dijual atau disewakan.
- 📊 Kadar komisen yang dikenakan bagi sesuatu transaksi.
- 🤝 Struktur pembahagian komisen yang ditetapkan oleh firma.
- 📋 Polisi dan terma syarikat tempat REN bernaung.
Sebab itu, pendapatan setiap REN adalah berbeza. Ada yang bermula secara kecil-kecilan, manakala mereka yang konsisten membina database, networking dan kemahiran jualan berpeluang menguruskan lebih banyak transaksi.
Contoh Mudah Pengiraan Komisen
Katakan sebuah hartanah berjaya dijual pada harga:
Harga Jualan: RM500,000
Jika kadar komisen agensi ialah 3%:
RM500,000 × 3% = RM15,000
RM15,000 tersebut merupakan komisen transaksi kepada firma, sebelum diagihkan mengikut struktur pembahagian komisen dan polisi firma kepada REN yang terlibat.
Ini hanyalah contoh simulasi untuk memahami konsep pengiraan komisen. Jumlah sebenar yang diterima oleh REN bergantung kepada transaksi dan struktur komisen firma masing-masing.
💡 Dalam bidang hartanah, tiada had pendapatan yang sama untuk semua orang. Yang penting ialah ilmu, usaha, konsistensi dan kesungguhan untuk membina kerjaya.
Berbeza dengan pekerjaan yang mempunyai gaji tetap setiap bulan, kerjaya sebagai REN memberi anda peluang untuk membina pendapatan berdasarkan usaha, prestasi dan hasil kerja sendiri.
Ada yang memilih untuk bermula secara sambilan bagi menjana pendapatan tambahan. Ada juga yang mengambil langkah lebih jauh dan menjadikan bidang hartanah sebagai kerjaya sepenuh masa. Apa sahaja matlamat anda, kejayaan tidak datang dalam sekelip mata.
Anda perlu membina ilmu, kemahiran, disiplin dan konsistensi, di samping memberikan perkhidmatan terbaik kepada setiap pelanggan.
Mulakan secara kecil. Belajar. Konsisten. Tingkatkan kemahiran.
Sejauh mana anda boleh pergi dalam bidang hartanah, anda yang tentukan. 🚀
PROSES MENJADI PERUNDING HARTANAH / REAL ESTATE NEGOTIATOR (REN) BERSAMA LEGACY
🚀 KENAPA ANDA PERLU SERTAI LEGACY REAL PROPERTY ?
Di Legacy Real Property, anda tidak perlu bermula seorang diri. Kami menyediakan latihan, bimbingan dan sokongan untuk membantu anda memahami industri, membina keyakinan dan mengembangkan kemahiran sebagai perunding hartanah.
Anda tak perlu tahu semuanya untuk bermula. Yang penting, berani untuk ambil langkah pertama.
Bermula bersama kami. Belajar bersama kami. Berkembang bersama Legacy.
LATIHAN DARI ASAS HINGGA CLOSING
Belajar langkah demi langkah daripada mencari listing, pemasaran, mendapatkan pembeli dan sehingga close deal
MENTOR YANG SENTIASA MEMBANTU
Anda tidak akan bergerak seorang diri. Setiap REN akan dibimbing hingga anda berjaya.
PENDAPATAN TANPA HAD
Semakin rajin anda berusaha, semakin tinggi potensi pendapatan anda.
SISTEM DAN MARKETING DISEDIAKAN
Kami sedikan SOP, template, pemasaran digital dan tools untuk bantu anda dapatkan klien.
SUASANA KERJA SEPERTI KELUARGA
Kami percaya kejaan datang apabila semua ahli pasukan saling bantu-membantu dan menyokong.
